Berbagi Berita dan Cerita Dari Sumber Terpercaya

Monday, 4 December 2017

Setelah bertunangan,Putera Harry mulai melawat diraja pertama


 Putera Harry dan tunanganya, artis Meghan Markle memulai melawat diraja pertama mereka sejak pengumuman rasmi mengenai pertunangan keduanya diumumkan minggu ini.
Harry dan Meghan yang mengumumkan pertunangan mereka senin lalu memulai melawat ke Nottingham dengan mengunjungi kawasan setempat selain beramah mesra bersama rakyat.
Pasangan Diraja itu juga dijadwalkan melawat pameran amal Hari Aids di muzium dan sebuah sekolah yang mengadakan kempen memerangi keganasan di kalangan belia.
Jurubicara Putera Harry, Jason Knauf berkata, Markle tidak sabar untuk bertemu dengan semua remaja itu seperti yang sering diceritakan oleh Putera Harry itu kepadanya.
Dalam wawancara sempena pertunangan mereka hari senin yang lalu, Markle memberitahu,beliau mahu mengenali dengan lebih dekat semua komuniti berbeda yang ada di Britain.
Pasangan tersebut akan langsung dalam siri jelajah Britain selama enam bulan sebelum melangsungkan perkahwinan Mei tahun depan di Istana Windsor, iaitu kediaman hujung minggu Ratu Elizabeth II dan lokasi upacara pembaptisan Putera Harry.
Menurut Knauf,Putra Harry pernah berulang kali mengunjungi Nottingham sebelum ini dan tidak sabar untuk memperkenalkan Markle kepada komunitas yang begitu istimewa kepadanya itu.
Dikutip dari BH

No comments:

Adbox