Berbagi Berita dan Cerita Dari Sumber Terpercaya

Wednesday, 17 February 2016

CISADANE

" CISADANE "




           

By; Kang Yana

     Cisadane memerhatikan awan yang kian gelap. Begitulah keadaan dalam tempoh beberapa heri ini. Awan hitam berkumpul,kemudian hujan yang lebat mencurah-curah didesa ini. Kadang terbit rasa bimbang dalam pikiran Cisadane. Wajarkah bertanya? Namun,untuk kepastiannya menuntut kepada jawaban yang betul.

“ Awan,adakah kau masih mau membebankan bumi? “

“ Mengapa? Adakah aku membebankan kamu. Titis air hujan yang turun adalah rahmat tanah yang gersang menjadi subur,tumbuhan yang layu kembali segar,malah kehidupan seperti hewan juga menikmati air yang segar.”

“ Aku sudah tidak mampu menampung air yang mengalir. Sampai masanya air yang mengalir akan melimpah.”

“ Aku menurut perintah Sang Pencipta.” Awan memberi penjelasan.

            Cisadane diam,tiada sembarang bantahan pada mulanya.

“ Aku menurut juga.” Cisadane lemah dalam menurut kata.

            Cisadane sadar,dia Cuma sebatang anak sungai. Aliran air yang mengalir akan terus kesungai Ciliwung. Memang jika dibandingkan dengan sungai Ciliwung,dia sangat kecil. Sungai Ciliwung lebih besar darinya.

“ Aku alirkan air yang semakin banyak ini kepadamu,harap engkau akan menerimanya.”

“ Aku bertugas pada tahap kemempuanku,Cisadane. Jika diijinkan oleh Sang Pencipta,bertemulah aliran air darimu kepada aku. Jika aku juga dibebani air yang tak tertanggung,pastinya akan melimpah juga ke darat.” Sungai Ciliwung membalas permintaan Cisadane.

“ Mengapa? Aku keliru. Adakah banjir sekali lagi melanda kota ini? “

“ Kita menurut saja Cisadane. Alam ini milik-nya. Kau,dan aku hamba Sang Pencipta. Segala ketentuan alam adalah kekuasaannya.”

            Hujan terus lebat dari hari ke hari,bagaikan air yang mencurah tiada henti. Kota ini menerima hujan sebanyak-banyaknya. Cisadane makin resah namun dia coba bertahan. Mengenangkan nasib warga kota ini,apakah akan berlaku banjir?

“ Cisadane,apa kabar saudara-saudara kita di hulu sana? “

“ Meraka juga seperti kamu Ciliwung. Hujan lebat dihulu sana. Setakat ini,aku masih mampu menerima air dari mereka.”

“ Mereka di hulu sana,sedangkan aku dihilirmu Cisadane.”

“ Maksudmu? “

“ Sekiranya air dari hulu terlalu banyak,akibatnya paras airmu pasti meningkat dahulu. Lalu air yang mengalir ini sudah tentumya menyebabkan aliran airku tersekat dihilir sana.”

“ Lantas apa yang harus aku perbuat Ciliwung? “

            Ciliwung diam. Tiada sebarang cadangan yang dapat dikemukakannya. Dia sendiri sadar yang tiada sebarang cadangan dapat dikemukakannya. Ciliwung sadar yang kali ini dia telah melakukan kesilapan,pastinya Cisadane akan memarahinya. Dia yakin dan pasti.

“ Kamu mengeluh atau tidak puas hati Ciliwung.” Cisadane menunggu jawaban dari Ciliwung.

            Ciliwung diam lagi.

“ Tiada  sedikitpun rasa mau membantah. Karena kita adalah hamba Sang Pencipta. Cuma....”

“ Cuma apa Ciliwung? Kamu mau memberontak? “

“ Bukan itu maksudku,aku kasian manusia di sekitar kota ini. Mereka menderita akibat bencana. Sekiranya hujan yang turun tidak berhenti,sudah tentunya air sungai akan naik dan melimpah. Bukankah itu akan membahayakan keselamatan mereka? “

“ Meraka ada akal. Mereka mampu berpikir,biarkanlah mereka. Pastinya mereka tau apa yang perlu dilakukan.”

“ Cisadane sadarkah,bencana yang akan berlaku ini pasti meragut nyawa.”

“ Bukankah telah aku katakan. Mereka mempunyai akal yang telah dikurniakan oleh Sang Pencipta,mereka lengkap dicipta dengan akal. Mereka mampu membuat pertimbangan,mengukur mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka tau membina itu dan ini. Mereka mampu menciptakan berbagai benda. Mereka juga mampu untuk menyelesaikan masalah. Masa kita mau membebankan diri pula. Kamu kena sadar Ciliwung,bahwa mereka adalah makhluk yang diutus sebagai pentabir alam. Merekalah yang mengurus dan seharusnya memakmurkan alam. Jadi apalagi yang mau dipikirkan? Lantas,apalagi yang mau kamu bimbangkan? “

“ Cisadane,mengertilah bahwa bukan semua mereka yang dapat berpikir dengan baik. Ada juga yang tidak mampu,malah ada yang lemah dan kurang upaya. Golongan yang sudah berusia dan juga kanak-kanak. Mereka memerlukan perlidungan.”

“ Jadi,apa pula peran manusia yang berakal itu,mempunyai tenaga serta kemampuan untuk melindungi mereka? Tidakkah mereka sadar bahwa amanh yang mereka pikul serta tugas yang mereka galas akan dipertimbangkan dihari pengadilan nanti. Sudah pastinya mereka akan merencanakan apa yang perlu untuk dilakukan. Bukankah mereka mengatakan mereka berkemampuan untuk bertindak dan menepis musibah. Biarkanlah mereka mengatur dan menguruskannya.”

“ Kita sepertinya mau menghukum mereka “

“ Itu tanggapan kamu saja “ Cisadane membidas.

“ Maka manusia akan mengatakan alam begitu kejam terhadap mereka “

“ Ciliwung,kamu takut kepada manusia? “

“ Bukan begitu maksudku “

“ Sungguh,kata-katamu bahwa manusia akan menuduh kita berlaku kejam itu apa? Sama sekali aku tidak bersetuju dengan kamu. Sedangkan kita menurut saja perintah Sang Pencipta.”

“ Cisadane,bayangkan. Sekiranya hujan berterusan dan air melimpah,banyak kemusnahan yang akan terjadi. Adakah kamu tidak simpati? “

“ Simpati? Untuk apa bersimpati? Sedangkan ada dalam kalangan mereka yang merasakan bencana yang menimpa ibarat satu pesta. Anak-anak di biarkan bermain dengan air banjir. Apalagi ada yang lemas dan seterusnya terjadi kematian,mereka saling tuding jari. Mana letaknya kesadaran mereka? “

            Kali ini Ciliwung betul-betul diam seribu bahasa. Ciliwung mati akal. Harapannya agar jangan ada bencana. Moga-moga jangan berlaku sebarang musibah lagi. Jangan sesekali terjadi banjir.

            Siang dan malam silih berganti,Matahari terus diam bersembunyi dibalik awan. Rembulan juga sama mengikut jejak Mentari. Awan bergairah mencurahkan air,dan Bumi semakin basah. Pungguk terus mendekap rindu pada Rembulan,mungkinkah Rembulan curang pada penantian yang setia. Kesejukan yang menggigil. Bukan hanya pungguk yang terus merindukan bulan,juga fauna lainnya juga. Tapi manusia tetap terlena dibalut selimut lupa.

“ Hujan masih terus turun “ terdengar lemah Ciliwung bersuara.

“ Kamu mengeluh Ciliwung? “ sergah Cisadane.

“ Tidak “

“ Jadi mengapa berkata Begitu? “

“ Aku menyuarakan kebimbangan,aku sudah tidak mampu bertahan lagi. Begitu juga denganmu. Pastinya air yang mengalir akan tersekat bak keadaanmu juga yang semakin bertambah airnya dari hulu,banjir akan melanda.”

“ Kita menurut saja perintah Sang Pencipta “

“ Cisadane,percayalah pada kata-kataku ini. Kemusnahan yang besar akan terjadi. Kamu lihatlah nanti,rumah,sekolah,masjid akan banyak yang rusak,segala perlengkapannya bisa musnah jika tidak diselamatkan dari sekarang. Mereka akan menanggung kerugian yang besar.”

            Masing-masing diam sejenak. Ciliwung yakin benar sungguh yakin dapat mempengaruhi Cisadane.

“ Kabarnya,manusia selalu senantiasa bersedia dengan bencana. Biarlah mereka yang menguruskannya. Kata mereka,perlengkapan yang telah dimiliki sudah mencukupi. Kekuatan personil yang ada senantiasa bersiap siaga. Pengangkutan dan perhubungan dalam menyelamat adalah yang terbaik. Mereka adalah pemimpin. Mereka lebih tau untuk menguruskan semua itu. Mereka yang mentadbir alam. Ditambah lagi,mereka mampu meramalkan apa yang akan berlaku pada cuaca. Jadi mengapa kita perlu buntu? Biarkanlah mereka. Terus mengapa kita pula yang perlu merasa kasihan. Tidak wajar! “

“ Mengapa kamu berkata begitu? “

“ Ciliwung,aku telah menyaksikan segala-galanya. Aku menjadi saksi kerakusan manusia. Apakah kau sendiri tidak menyadari,atau kau sengaja membiarkan dirimu yang semakin mengecil dan cetek itu akan terkorban seiring perkembangan jaman? Ciliwung,aku ini asalnya kebanggaan orang disekitarku. Aku saksi perjuangan pendekar dan pejuang tanah air. Tapi,maruahku di injak-injak. Aku dulu masyur. Tapi kini yang pasti,akulah mangsa yang menderita. Kamu masih lagi merasakan kejernihan air yang mengalir. Apa kau juga masih merasakan dinginnya air. Dan juga kau masih ceria dengan anak-anak yang bermain air sungai,sambil manda-mandi. Berbeda dengan aku,sungguhpun diriku ini memahat sejarah penting bagi negri ini,namun diriku ini seperti tidak dihargai.

            Aku menderita dengan air yang keruh,kerakusan tangan-tangan manusia yang bergairah menebang pepohonan dihulu,menyebabkan air sungai dihulu menjadi keruh. Lantas air yang keruh itu menuju dn melaluiku. Bangunan-bangunan yang baru dibuat juga menyumbang keruhnya air disungai Cisadane ini. Belum lagi racun yang mengalir dibawah air dari pabrik-pabrik,terus kepadaku. Sayang ikan yang menjadi korban.

            Ditambah lagi limbah rumah yang tidak ditapis dan terus mengalir kesungai,termasuk kediriku. Akibatnya aku menjadi mangsa mencemaran. Atas nama pembangunan aku tak kisah,karena aku sadar. Khidmat dan baktiku meliputi apa yang terkandung padaku. Namun,sebagian daripada penduduk di sepanjang sungai ini memerlukan khidmatku. Maka hormatilah hak dan keadaanku selayaknya.”

“ Benar “ pendek saja balas Ciliwung.

“  Selain mengancam kehidupan didalam air,ia juga turut mengancam kesehatan penduduk yang menggunakan air dari sungai ini. Bukankah begitu mereka saling menganiaya sesama sendiri. Alam disiksa. Manusia binasa. “

“ Cisadane....kau tersiksa? “ Ciliwung benar-benar tersentuh.

“ Ya,kamu sadar bukan. Namaku sering disebut dalam puisi dan lagu. Menjadi dendangan dan siulan. Orang luar menghargai namaku karena akulah nadi penghidupan untuk lahan-lahan di desa sepanjang daerah aku mengalir. Ikan tidak akan hilang,dan masyarakan disekitarnya bisa dijadikan sumber kehidupannya. Namaku dulu harum wahai Ciliwung. Namun mengapa tiada penghargaan yang sepatutnya.

            Aku tidak meminta sebarang anugrah juga bintang kehormatan. Peliharalah aku yang sepatutnya. Sampah dan sisa kumbahan pula kedalamku. Katanya,aku akan mengalikan sampah kehilir atau tenggelam kedasar. Mengapa ramai yang berpikir begitu? Kelak mereka juga yang susah.”

            Sungai Cisadane benar-benar meluahkan perasaannya.

“ Duka merundung diriku wahai Ciliwung.”

“ Aku bersimpati dengan kamu “

“ Panjang cerita yang melanda,karena buka aku saja. Saudara-saudara kita yang dihulu sana,juga menerima nasib yang hampir sama. Kesannya,segala keruh dan sisa pepejal akan mengalir melaluiku. Aku tidak tau sampai kapan aku mampu lagi bertahan. Paras dasarku semakin cetek. Hujan yang lebat ini memungkinkan aku untuk tidak mampu lagi menampung air yang mengalir ini. Biarlah melimpah kedaratan. Sudah pastinya taulah manusia menguruskannya. Sebab merekalah yang menguruskan alam ini wahai Ciliwung.”

“ Tapi kini mereka gagal “

“ Benar,mereka tewas dengan napsu mereka sendiri. Mengaut keuntungan hari ini tanpa memikirkan hari esok “

“ Maksudmu,Cisadane? “

“ Apa yang akan ditinggalkan untuk anak cucu mereka nantinya. Apalagi khazanah dan warisan yang bisa dilihat,dirasa dan di manfaatkan. Bukankah alam ini khazanah yang tiada tara harganya. Bimbang anak cucu manusia nanti sudah tidak lagi mengenal sungai. Apalagi khazanah  dan kehidupan sungai. Ikan dan udang,semuanya akan terus pupus “

            Hujan semakin lebat,terus menerus tanpa henti. Paras air Cisadane semakin naik. Tak mampu lagi cisadane menanggungnya. Terus naik dan naik. Begitu juga dengan paras air di sungai Ciliwung.
“ Air dihulu sana sudah naik. Lebih dari paras bahaya. Lebih tinggi dari dari banjir dahulu “
“ Mungkinkah kali ini banjir yang lebih dasyat Cisadane? “

“ Mungkin “

“ Cisadane,aku sudah tidak mampu menampung air lagi “

“ Manusia sudah mulai berpindah,lihatlah keranah manusia itu. Adakah mereka bermunasabah dengan banjir ini? Masih lena atau menganggap ini hanya bencana alam biasa. Bukannya menganggap sebagai peringatan dari Sang Pencipta. Lihatlah Ciliwung,adakah mereka mengurus alam ini dengan adil? Biarkanlah Ciliwung. Teruslah naik airmu. Begitu juga dengan aku “

“ Aku menurut perintah Tuhanku. Biarlah alam mengajar mereka “

sungai ciliwung,kini





No comments:

Adbox