Berbagi Berita dan Cerita Dari Sumber Terpercaya

Tuesday, 9 February 2016

Hikmah Dari Kekeruhan Sejarah



     Sejarah,menurut tafsiran yang diberikan oleh Herodotus,yang bermaksud satu kajian untuk menceritakan satu putaran jatuh bangunnya seseorang tokoh,masyarakat dan peradaban/tamadun. Manakala Ibn Khaldun mentakrifkan sejarah pula ialah membicarakan mengenai masyarakat atau peradaban yang berlalu pada ciri masyarakat itu.

     Sejarah sampai kepada kita melalui sejarawan yang mengutip perca maklumat daripada berbagai sumber,sama ada primer atau pun skunder lalu menyatukannya sehingga menghasilkan sebuah huraian yang berarti.

     Dalam bukunya,mukadimah,Ibn Khaldun mengenal pasti tujuh kesilapan yang sering dilakukan oleh ahli sejarah yaitu; Kecenderungan terhadap sesuatu pandangan atau ideologi,terlebih yakin terhadap sumber yang digunakan,kegagalan memahami dengan apa yang dimaksudkan,salah percaya terhadap sesuatu kebenaran,tidak mampu meletakan sesuatu peristiwa pada konteks yang tepat,keinginan untuk mendapat tempat disisi penguasa dengan memuji dan membela mereka,dan akhir sekali kejahilan terhadap Undang-undang yang mengurus tabir masyarakat.

     Sehubungan dengan itu,sebagai orang yang bukan ahli dalam bidang sejarah,kita sangat bergantung kepada informasi yang di sampaikan oleh orang-orang yang dipercayai dalam urusan ini.

Ambil Ikhtiar

     Hal in karena sejarah mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seseorang insan untuk membolehkannya mengambil ikhtiar dan manfaat daripada apa yang telah berlalu. Malah didalam islam,sejarah menjadi faktor penting dalam menilai sesuatu hukum dan syariat yang menjadi panduan umat.

     Orang yang melupakan sejarah,akan di sumpah untuk mengulanginya ' Kata-kata sangat terkenal oleh George Santana. Mengapa tidak,jika masyarakat buta sejarah dan tidak mengenali peristiwa hitam yang pernah dilalui suatu ketika dahulu,bagaimana masyarakat pada hari ini akan mencari jalan untuk tidak mengulangi lagi perkara yang sama.

     Sehubungan dengan itu,langkah pertama yang perlu diambil ialah memberanikan diri untuk mendengar daripada berbagaipihak. Adalah sesuatu yang sakit,apabila kita dibesarkan dalam suasana tidak meraikan persoalan kritikal,untuk benar-benar memahami sesuatu kebenaran,jika kita tidak berani keluar daripada kepompong yang dibina oleh tangan-tangan ghaib itu.

Kesan Mendalam

     Mahasiswa dan Mahasiswi khususnya,yang dikatakan sebagai golongan terpelajar dan mempunyai kemahiran berpikir aras tinggi,harus berani mencabar tulisan sejarah yang ada dan menbuat rujukan silang antara satu sumber kepada sumber lainnya,lalu diterjemahkan dalam perbincangan akademik yang berkesan dan menyumbang kearah kesejahteraan rakyat.

     Oleh itu Buya Hamka berpesan dalam bukunya yang berjudul Dari Perbendaharaan Lama,' Membaca sejarah nenek moyang hanya meninggalkan kesan yang mendalam bagi jiwa kita,apalagi  jika dibaca dengan rasa cinta. Kian dibaca kian terbayanglah masa-masa yang lampau dan masa lampau meninggalkan kesan yang dalam untuk menghadapi zaman kini dan zaman depan'.

     Dalam sejarah,kita melihat betapa nenek moyang kita menanam dasar bagi berdirinya pusaka suci yang sudah menjadi tradisi.

     Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta,seakan-akan merasai,bahwa kita turut hidup dengan mereka,karena rasa hati suka duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka yang mereka tinggalkan buat kita.

     Malang sekali apabila diskusi seputar isu sejarah dibiarkan kontang atas nama pembahasan akademik,sedangkan kita manusia yang mempunyai roh dan jiwa.

     Bagaimana kita menahan air mata,pada saat kita berbicara mengenai penindasan terhadap jiwa-jiwa yang disucikan oleh durjana yang gilakan kuasa. Dan bagaimana pula kita,selaku insan mengaku beriman,boleh mengkritik keji orang lain yang meratapi dengan penuh hiba atas kezaliman terukir kemas dalam lipatan sejarah.


By; Tinta Durriyyah

No comments:

Adbox