Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN), program yang bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan, akan dipantau ketat.
“Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan majikan untuk menyertai program ini serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke negara asal mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam negara,” menurut kementerian itu.
Menurut KDN, program yang dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja, adalah bertujuan bagi membolehkan kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.
Program itu akan dinilai sepanjang tempoh tiga bulan pertama, dari aspek keberkesanannya termasuk elemen nilai tambah yang wajar dikemas kini demi memastikan kelancaran pelaksanaan program tersebut bagi tempoh seterusnya.
foto ilustrasi
No comments:
Post a Comment