Tuan YB
Mengapa saya suka memanggil tuan sebagai YB,dan tidak memanggil dengan pangkat yang tuan miliki sekarang? Kali pertama tuan memenangi pilihan raya,rakyat biasa termasuk saya akan memanggil tuan dengan panggilan YB. Iaitu panggilan mesra oleh rakyat yang memangkah tuan untuk menjadi wakil suara rakyat biasa untuk memajukan rakyat setempat. Tetapi bukan untuk menjadi wakil menghasut rakyat jelata bermusuhan dan bercakaran. Harap tuan tidak lupa tugasan seorang YB,walaupun dianugrahkan gelaran Datuk Seri dan sebagainya.
YB Anwar Ibrahim. Turunlah kepadang rakyat yang memangkah tuan. Buat kerja untuk rakyat,bukan turun kepadang bola dan dataran,membuang masa melagakan umat manusia dimalaysia. Apalagi YB Anwar mahu? Saya adalah rakyat Malaysia yang tidak menghormati cara tuan mempergunakan rakyat disebuah negara yang disegani dimata dunia. Kenapa membawa mudarat lagi kepada 'negaraku' yang kami sayangi? sedangkan negara ini telah maju dan aman. Pesat membangun dan bukan mundur. Itulah yang anak malaysia idam-idamkan. Mudarat yang tuan bawa,boleh membawa kekeliruan kepada setiap rakyat dinegara kita.Apatah lagi bila dicanang dengan fitnah menerusi alam siber.
Maukah kita mengubah destinasi negara ini kepada sebuah negara bergolak seperti negara yang namanya berahir dengan huruf 'a' iaitu Syiria,dan Somalia? Biarlah kita berilmu,beragama dan sentiasa membawa kebaikan kepada sebuah tamadun. Bukan menjadi pengkhianat kepada tanah air sendiri dan membawa fakta kesesatan,walaupun ia bukan berkaitan agama.
Negara Demokrasi
Sudah sampai masanya,tiap perkara yang tuan syarahkan,dinilai norma kesusilaanya oleh khalayak ulama. Biarlah ia dipaksikan oleh undang-undang sebuah negara demokrasi berparlemen dan ditegur oleh institusi raja berperlembagaan,daripada dibiar ia menjengah telinga setiap rakyat malaysia yang setia kepada raja dan negara. Apakah kerana tuan pernah menjadi timbalan perdana menteri,menyebabkan tuan mau merampas kuasa kerajaan walau dengan apa cara sekalipun. Tuan biarkan rakyat bergaduh untuk kepentingan peribadi tuan,tapi tuan tak tolongpun penyokong tuan,apatah lagi rakyat yang tidak menyokong tuan.
YB Anwar Ibrahim,tuan dianugrahkan bakat berpidato ketika berceramah. Siapa yang mendengar pasti terpikat dengan tuan,walau yang tuan ceritakan adalah bohong belaka. Rakyat mengundi tuan,tapi apakah yang tuan lakukan dalam tempoh beberapa hari selepas pilihan raya kali ini? Lima tahun lagi,ada pilihan raya pun tuan akan buat perkara yang sama.
Saya amati betul-betul,itulah yang tuan perjuangkan. Bukan berjuang untuk rakyat,cuma harapan menjadi kayamdengan memperalatkan karier politik. Tuan bukan dilahirkan sebagai seorang yang kaya seperti sesetengah ahli perniagaan cina pandai berniaga dan sangat berkuasa dalam ekonomi. Tidak logiklah kalau semuanya mahu 'free'. Kalau saya meminjam duit,duit yang saya pinjam,saya kena pulangkan. Kalau saya melalui jalan bertol yang di selenggara,tak salah kalau saya bayar khidmat selenggara itu supaya ia tidak berlubang. Saya dan ramai lagi rakyat,tiadapun rumah seperti tuan miliki. Hari-hari saya makan,saya bayar dengan gaji yang kerajaan bayarkan kepada saya. Tak makan mewah,tapi rasa kenyang sebab ada rahmat dan berkat,walaupun yang duduk di kerusi adalah berlainan parti,berbeza agama,kerja swasta dan berlainan pendapat. Yang tuan minta ubah,sudah banyak diubah. Kalau yang kurang,mesti ada sebab musabab.
Dakwat yang diterima pakai pada pilihan raya kali ini,juga atas cadangan tuan dan parti dalam pakatan. Dicelah kuku jari saya,masih kekal hingga kehari ini. Mungkin kerana saya tidak membersih kuku jari saya dengan sabun pencuci seperti orang ramai yang mengujinya. Jika dipertikai kualitinya,syarikat pembekal dakwat kekal ini yang harus ditukar kepada syarikat lain pada pilihan raya akan datang,bukan SPR yang dipersalahkan. Lain kalilah.....rakyat tak akan pangkah tuan lagi atas sifat tamak tuan. Rakyat menghormati semua parti lain di malaysia karena suara rakyat. Salam penuh takzim.
Seorang rakyat malaysia
Arshad Johari

No comments:
Post a Comment