Setitik Kasih Sedetik Cinta
Aina
cintakan abang.” Aku merenung wajah Zareef. Wajah itu tetap membeku. Hanya
memandangku dengan riak kosong bagaikan apa yang aku luahkan hanya sekadar
ucapan biasa. Salahkah aku andai mengharapkan setitis kasih? Besar sangatkah
permintaan itu?
“Kau
sendiri tau, kau tak pantas untuk itu.” Hanya dengan sebaris ayat Zareef terus
berlalu. Kolam mata terasa berat. Pandangan mata terganggu bak air mata yang
bila-bila masa saja akan menodai pipiku.
Kalau
mencintai seorang lelaki itu diangap berdosa, maka berdosalah aku kerana
mencintai, dan kalau mengharap kasih itu diangap pengkhianatan maka
pengkhianatlah aku. Salahkah andainya aku berjuang untuk mendapatkan semua itu?
“Tidak
salah Aina. Cuma cara kamu yang tidak betul. Kamu mengharapakan cinta disebalik
kedukaan orang lain. Kasih yang engkau minta juga atas kehancuran hati seorang
wanita, jadi pantaskah engkau untuk semua itu?” Suara hatiku berbicara sendiri.
Ya, aku memang tidak pantas.
Mengenali
Zareef dan Mani adalah hadiah terbesar dalam hidupku. Pertama kali menjejakan kaki
ke Universitas dua nama itulah yang mula menghulurkan salam persahabatan. Saat
susah dan senang kami kongsi bersama, pertama kali aku rasa dihargai.
Aku
membesar di rumah anak yatim selepas kematian ayah dan ibu kerana terlibat
dalam kecelakaan ngeri akibat kelalaian orang lain pada usia yang baru mencecah
lima tahun. Di rumah anak yatim itulah aku membesar. Merebut kasih sayang umi
dan abah pemilik rumah anak yatim bersama dengan berpuluh lagi anak-anak
senasib denganku.
Zareef
dan Mani beruntung kerana dilahirkanan dalam keluarga yang agak senang, tetapi
kesenangan itu langsung tidak menjadikan mereka manusia yang hanya tahu
mendongak ke langit. Meniti kehidupan sebagai seorang student membuatkan aku
dihimpit dengan segala macam perasaan. Mujurlah ada Mani dan Zareef yang sudi
mendengar keluh kesahku.
Berada
di tahun akhir pengajian membuatkan aku harus bekerja keras bagi menjadikan aku
manusia yang berguna. Hanya dengan ilmu aku mampu meletakkan diri sebaris
bersama orang lain.
ooooOoooo
“Aku
mau bertunangan.” Ayat itu membuatkan aku menjerit gembira. Tidak sedar bila Mani
bercinta. Tetapi sebagai sahabat aku tetap mendukung apa saja yang baik untuk
kehidupan Mani.
“Kau
tak mau tanya dengan siapa aku bertunangan?” Mani tersenyum. Jelas di matanya dia
sedang berbahagia. Siapa saja lelaki mendapatkan wanita sehebat Mani pasti
beruntung.
“Dengan
Siapa.” Teruja aku bertanya. Beberapa wajah menjelma dalam fikiranku. Asyraf?
Senior yang tidak putus mengejar cinta Mani atau Razif si mamat playboy yang
pernah di gosipkan dengan Mani?
“Zareef.”
Mendengar sepotong nama yang disebut terus mematikan senyumanku. Ya Allah
kenapa mesti dia? Kenapa tidak Asyraf atau Razif? Saat itu aku rasakan dadaku
ditikam dengan berjuta kaca yang tajam. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan.
“Kau
tak gembira kah aku nak bertunangan dengan Zareef?” Mungkin menyedari riak wajahku
yang berubah, Mani segera bertanya.
“Gembira,
cuma aku terkejut. Bila kalian bercinta? Aku tak tau pun? Sampai hati kalian merahasiakannya
dari aku.” Aku bertanya. Sedaya upaya riak gembira yang terhakis aku cuba
ciptakan kembali. Sabarlah duhai hati.
“Baru
dua bulan. Saja kami tak mau menghebohkan dulu. Masa aku bertunangan nanti kamu
harus datang tau. Acaranya setelah semester. Sengaja aku bagitau awal. Excited
sangat rasa.” Mani nampak teruja berbicara. Sedangkan aku?
ooooOoooo
“Kenapa
tak bilang kau cintakan Mani?” Wajah Zareef aku tatap. Terasa
geram wajahku kerana menahan perasaan malu yang mencengkam. Tiga bulan lalu
dihadapan kompleks olah raga inilah aku meluahkan perasaanku kepada Zareef. Dia
jelas tergamam saat rasa hati ini aku luahkan.
Bukan
niatku ingin menjadi gadis tidak tau malu, tetapi naluriku berbisik
menyuruh aku meluahkan rasa yang terpendam. Kebaikan, perhatian dan tidak aku
nafikan kekacakan wajah Zareef menawan hatiku.
“Aku
tidak sampai hati mau memberitau mu. Aku tidak mau disebabkan perkara remeh ni
hubungan kita terputus. Sudah lama aku sukakan Mani, Cuma baru kali ini saja
aku berani mau meluahkan perasaan ku pada dia.”
Hal
remeh? Itukah yang ada dalam fikiran Zareef? Remehkah hal itu kalau menyangkut
soal hati?
“Kenapa
kamu berani meluahkan perasaan kamu pada Mani setelah aku berbuat pengakuan
yang aku cintakan kamu?” Hati ini berbisik mengatakan dia bertindak kejam,
sekurangnya dia melafazkan dulu penolakkannya kepada diriku, mungkin ketika itu
hatiku tidak akan separah ini. Menanti keputusannya selama tiga bulan, dan yang
aku perolehi adalah berita yang terasa menghancur leburkan setiap inci tubuhku.
“Aku
tiada jawaban untuk persoalan kamu Aina. Aku minta maaf. Aku harap apa yang
pernah terjadi tak akan sampai ke pengetahuan Mani. Aku minta sangat kamu merahasiakan
semua ini.” Zareef tenang berkata. Kadang kala aku cemburu melihat ketenangan
yang wujud dalam dirinya. Zareef tidak mudah melatah dengan perkara yang
terjadi dalam hidupnya.
ooooOoooo
“Zareef
kecelakaan Aina. Apa aku harus buat?” Tangisan Mani memecah kesunyian. Aku
hanya tergamam mendengar berita yang dilontarkan dari mulut Mani. Esok
merupakan hari pertunangan mereka. Walaupun hati berbolak-balik, aku tetap
menghadirkan diri sehari lebih awal agar dapat membantu apa yang patut untuk
kelancaran acaranya. Walau apa pun yang terjadi mereka tetap akan menjadi
sahabat aku dunia dan akhirat.
Dalam
kesakitan, aku memaksakan hati menerima semua ini sebagai ketentuan dari Allah
untuk menguji setakat mana keimanan yang ada dalam diri hambanya, tetapi aku
sendiri tidak tau setakat mana aku mampu bertahan.
“Aku
mau melawat Zareef, kamu mau ikut?” Aku bertanya kepada Mani. Dia nampak lesu
kerana terkejut menerima berita kecelakaan Zareef. Hanya gelengan lesu yang
mampu Mani berikan.
“Aku
takut aku tidak kuat. Kamu pergi lah dulu. Nanti kamu beritau aku keadaan
Zareef ya Aina.” Mata itu nampak berkaca. Aku tahu dia bersedih, kerana itulah
rasa yang sama turut aku rasai.
Aku
berjalan menghampiri kedua orang tua Zareef. Melihat kesedihan diwajah mereka
membuatkan hatiku berdegup kencang. Gawat sangatkah keadaan dia?
“Mama.”
Aku menyapa Ibu Salina ibunya Zareef. Mama, panggilan itu ‘dihadiahkan’ kepada
aku bila wanita itu mengetahui aku anak yang ketandusan kasih sayang.
Libur
semester kalau tidak ke rumah Mani, aku akan menjadi seorang yang tidak tau
malu mengikut Zareef pulang ke rumahnya. Pada waktu itu aku dapat merasa
sedikit kasih sayang keluarga yang tidak pernah aku dapatkan selama ini.
Disebabkan itu jugalah aku menjadi ketagihan. Ketagihan mempunyai keluarga
bahagia sendiri dan ketagihan dalam menempatkan aku dalam hati Zareef.
Tubuhku
dipeluk erat. Terasa bahuku dibasahi air mata seorang ibu. Air mata yang aku pertahankan
semenjak tadi perlahan menuruni lekuk pipi. Biarlah saat ini kami berkongsi
rasa. Andai kata aku mampu memindahkan kesedihan seorang ibu, aku dengan rela
hati menerimanya. Belakang badannya aku usap perlahan mengharap kesedihan yang
melanda sedikit reda.
“Mama
takut kehilangan Zareef Aina. Mama tak mampu hidup tanpa anak mama.” Suara hati
seorang ibu terluahkan. Walaupun aku belum berkesempatan memegang gelaran yang
di banggakan itu, tetapi sebagai wanita yang hatinya rapuh, sedikit sebanyak
aku dapat merasai kesedihan yang sama.
“Insyaallah
mama, semua akan selamat, Kita berdoa semoga Allah memudahkan segalannya. Baik
atau buruk Aina sentiasa bersama dengan mama.” Hanya itu mampu aku perkatakan.
Keadaan Zareef belum aku ketahui. Yang pasti sedih atau gembira kami harus
menerima semua ketentuannya.
“Jangan
risau Ina, apa yang terjadi kita terima dengan redha.” Pak Zamir yang aku
panggil sebagai papa memujuk. Dia nampak sedih tetapi sedikit tenang berbanding
mama. Mungkin kerana dia sendiri seorang doktor jadi segala kemungkinan yang
mungkin terjadi membuatkan dia nampak lebih bersedia.
ooooOoooo
Aku
tersenyum memandang Zareef yang nampak kurang bermaya. Senyumanku dibalas
hambar. Bibirnya yang selama ini merah merekah nampak kering.
“Bagai
mana hari ni? Rasa sehat tak?” Aku bertanya. Sambil kakiku melangkah ke arah
jendela. Tanganku cepat menarik kain langsir yang menutup jendela itu. Sedetik
kemudian cahaya mula menyerlah masuk. Zareef aku lihat menutup matanya dengan
tangan. Mungkin ingin mengimbangi perubahan suasana. Bila dia menurunkan tangan
dari menutupi wajah barulah pertannyaanku dijawab.
“Ok
sedikit. Mani tidak ikut kamu datang kah?” Mendengar pertanyaan Zareef, aku
hanya mampu mengeleng.
“Sebentar
lagi dia datang kali.”
“Sudah
banyak hari dia tidak datang melawat ku.” Zareef terlihat sedih menuturkan
perkataan itu. Aku tidak tau bagaimana memujuknya. Alasan apa yang harus aku berikan
sedangkan aku sendiri tidak tau mengapa Mani tidak melawat lelaki yang mungkin
bakal bergelar suaminya.
“Mani
sibuk rasanya. Kalau tidak salah dia sudah mulai kerja di perusahaan ayah dia.”
Biarlah aku mereka cerita asalkan Zareef tidak berfikir bukan-bukan dalam
keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan. Zareef teranguk-anguk mungkin
mempercayai kata-kata aku.
“Aku
dengar kamu sudah boleh balik besok. Betul kah?” Berita itu aku dengar dari
mama. Walaupun sudah tau aku sengaja bertannya. Modal untuk aku menuturkan
bicara bagaikan sudah terhapus. Bersama dengan Zareef tanpa ditemani sesiapa
membuatkan suasana terasa asing. Kalaulah aku tidak mengucapkan kalimah cinta
terhadap Zareef rasanya semua perasaan ‘pelik’ ini tidak akan menguasai
suasana. Tetapi aku tau mustahil untuk aku menarik balik apa yang pernah aku
ucapkan.
“Emm...
aku minta keluar awal. Bosan duduk didalam sini lama-lama.” Zareef berkata
perlahan. Entah mengapa aku rasakan kehadiran aku bagaikan tidak dihargai. Dia
nampak bagaikan tidak senang untuk menuturkan bicara.
“Aku
ada masak bubur,mau makan?”
“Aku
sudah sarapan tadi. Kamu bawalah kembali pulang. Diletak disini pun tidak ada
orang yang mau makan.” Terguris sedikit hatiku mendengar kata-katanya. Tidak
bolehkah dia memberitahu ‘nanti aku makan’? Walaupun dia membuang bubur yang
aku masak sekurang-kurangnya aku tidak tau.
“Aku
sudah lewat nih. Sebentar lagi mau masuk kerja.” Dengan alasan itu aku bangun
dan cepat berlalu. Mangkuk berisi bubur aku tinggalkan. Sama ada dia makan atau
tidak aku tidak peduli.
ooooOoooo
“Aina,
Zareef pitam. Mama hantar dia ke rumah sakit. Aina boleh datang tidak?” Mendengar
suara cemas mama diujung telepon membuatkan aku mengelabah. Bukankah kesihatan
Zareef sudah beransur pulih? Kecederaan yang dialami akibat kecelakaan tempoh
hari tidaklah separah mana.
Mungkin
selama seminggu aku memencilkan diri kesihatannya merosot. Hanya aku yang tidak
tau kerana melayan perasaan marah dihati. Sedangkan aku seharusnya sedar diri.
Antara kami tidak mungkin akan terjadinya ikatan. Kenapa aku tidak berpegang
kepada janji hati agar aku membuang semua perasaan yang ada?
“Buah
pinggang Zareef gagal berfungsi. Kalau boleh kami perlukan penderma dengan
segera.” Kata-kata doktor membuatkan kami tersentak. Mani dan mama mula
menangis.
“Tidak
ada cara yang lain kah Mud?” Papa bertanya. Mendengar kata-kata papa aku yakin
papa pasti mengenali doktor itu.
“Tidak
ada Zamir. Buat sementara waktu rawatan dyalisis mungkin berkesan. Apa kata kamu
masuk ke ruangan ku. Nanti kita berbincang.” Papa mengangukan kepala mendengar
kata-kata Doktor Mahmud dan dia cepat berlalu mengikuti langkah doktor yang
pada perkiraan aku sebaya dengan papa.
“Apa
kita mau buat mama?” Mani bertanya kepada mama. Aku lihat mama mengelengkan
kepala. Jelas wajah yang selama ini ceria nampak kurang berseri memikirkan
nasib anak kesayangannya. Zareef, satu-satunya anak yang mama dan papa ada.
Anak yang selama ini menjadi kebanggaan mereka. Apa saja yang terjadi kepada
Zareef tentu memberikan tanparan yang besar kepada mereka.
“Bagaimana
bang? Apa kita mau buat?” mama bertanya, mata itu tidak pernah kering dengan air
jernih, yang kadang-kala membuatkan aku turut tidak dapat mengawal perasaan.
Kalaulah aku di tempat Zareef, dan kalaulah ibu dan ayah aku masih hidup, tentu
mereka juga dilanda kesedihan, walaupun aku langsung tidak mampu mengingati
memori bersama dengan mereka tetapi aku yakin aku pernah menjadi anak yang
disayangi.
“Kita
harus menunggu giliran Ina. Selalunya mereka akan mendahulukan orang yang lebih
memerlukan.”
“Habis
itu anak kita tidak memerlukan kah? Abangkan doktor. Abang buatlah sesuatu.”
Pertama kali selepas masalah kecelakaan Zareef aku lihat mama bersemangat.
Jelas api kemarahan terpancar di wajahnya mendengar kata-kata papa.
“Papa
tahu. Tapi list yang menunggu ramai. Berapa peratus sangat orang yang sudi
menderma?” Aku tau kata-kata papa ada benarnya. Peratusan orang
mendaftar dalam pendermaan organ di kalangan rakyat kita masih kecil. Apa lagi
sekarang pendermaan di kalangan bukan ahli keluarga tidak di galakkan. Mama dan
papa kalau di suruh menderma aku rasa sekarang jugak mereka sudi untuk
berkorban, tetapi penilaian kesesuaian yang dibuat tidak memihak kepada
mereka.
“Mani,
apa kata Mani kahwin dengan Zareef? Nanti Mani boleh menderma.” Kata-kata mama
menyebabkan suasana menjadi sunyi. Mani jelas terpana mendengar cadangan mama.
“Mani
harus berbincang dulu dengan keluarga Mani. Nanti Mani beritahu mama ya?” Mani
bangun dan cepat berlalu. Rasanya Mani terperanjat mendengar permintaan mama.
Kalau aku di tempat Mani sekalipun aku rasa aku juga akan bertindak begitu.
ooooOoooo
Pakaian
dibadan ku dibetulkan. Rambut yang selama ini jarang aku lepaskan aku biarkan
mengurai bebas. Dengan menggunakan kedua belah tangan aku menyelerakkan rambut
agar menjadi kusut. Air mata yang sejak dari tadi mengalir sedaya upaya aku
tahan. Keputusan telah di buat dan aku harus teruskan. Buruk atau baik, aku
harus telan diatas keputusan yang telah aku ambil.
Bunyi
loceng apartment yang aku duduk bersama beberapa orang rekan lain kuat
berbunyi. Dengan langkah yang perlahan aku menapak ke arah pintu. Selepas ini
hidup aku akan berubah. Berubah untuk selamanya.
Semakin
menghampiri tombol semakin lembek kakiku. Saat terkuak pintu jelas wajah Zareef
berubah memandang ke arahku. Dengan pakaian tidak sempurna mana aku yakin dia
pasti terpana. Wajah sengaja aku kerutkan bagai menanggung kesakitan
“Parah
sangat kah demam kamu itu? Tukar baju cepat. Aku tunggu di bawah.” Zareef jelas
tidak senang melihat keaadaanku. Saat dia ingin berlalu aku cepat menjatuhkan
tubuh. Terkocoh-kocoh Zareef kembali kerana ingin membantu. Saat tubuh dia
hampir kepadaku, tubuh itu aku paut erat.
“Aku
tidak kuat.” Mungkin menyangka keadaanku sangat parah Zareef cepat mengangkatku
menuju ke sofa. Ketika dia ingin meletakkan aku di atas sofa tubuhnya hilang keseimbangan.
Ketika itu juga gerakan tanganku menyerabutkan rambutnya.
“Astafirullahhalazim.”
Mendengar suara kekecohan yang berlaku aku sedar rancanganku berjalan seperti yang
di rencanakan. Maafkan aku Zareef. Dan air mata yang tadi kering kembali
mengalir.
“Papa
tidak menyangka kamu sangup memalukan papa Zareef. Kalau kamu sudah tidak boleh
mengawal nafsu, beri tau papa. Papa boleh menikahkan kamu segera. Bukannya
dengan berbuat maksiat seperti ini.” Jelas suara papa bergetar. Aku tau dia
malu. Aku juga begitu. Tetapi apa yang aku rencanakan aku harus teruskan.
“Ya
Allah papa. Semua ni salah faham. Aina kau terangkan dekat papa.”Zareef nyata
terdesak ingin melepaskan diri. Aku pantas menundukkan kepala. Biarlah semua
orang mengangap kami bersalah asalkan apa yang aku rencanakan berjalan lancar.
“Aina.”
Pipi aku terasa sakit. Entah bila Mani tiba aku tidak sedar. Jelas dia sedang
menahan marah dan tangis. Maafkan aku, maafkan aku. Di dalam hati berulang kali
aku mengulangi ayat yang sama. Hendak aku luahkan aku tidak mampu. Sekali lagi
tangan mulus itu menyentuh pipiku. Biarlah, semoga esok mereka tau aku lakukan
semua ini untuk kebahagiaan semua orang
oooOooo
“Alhamdullilah
Ina. Mahmud telepon abang beritau dia sudah dapat penderma yang
sesuai.” Jelas kedengaran suara papa. Mama aku lihat berkali-kali
meraup wajah tanda kesyukuran. Aku ingin berada bersama mereka, berkongsi rasa
gembira itu, tetapi aku tau aku tidak layak. Sejak aku sah menjadi menantu
keluarga ini kasih sayang yang aku damba langsung tidak menjengah.
Mama
bagaikan berperang denganku. Masanya banyak di habiskan memujuk hati Zareef dan
Mani. Walaupun sedih aku harus akur, semua ini berpunca dari aku dan risikonya
harus aku sadar dari awal.
Aku
lihat Zareef tersenyum. Jelas dia turut gembira dengan kabar itu. Melihat
senyuman itu membuatkan hati aku terasa puas. Sekurang-kurangnya apa yang aku
lakukan terasa berbaloi.
Aku
melangkah menuruni tangga satu persatu. Rumah besar yang dulunya hanya aku
lawati ketika cuti semester kini menjadi kediaman resmiku.
“Apa
yang gembira sangat?” Aku bertanya pura-pura teruja. Apa yang aku perolehi di
sebalik pertanyaan itu hanyalah jelingan tajam dari mama dan riak wajah jengkil
Zareef.
“Kita
sudah jumpa penderma yang sesuai Aina.” Mujurlah papa masih sudi melayan
pertanyaanku. Sebetulnya hanya papa yang masih menerima aku dengan tangan
terbuka di dalam keluarga ini.
ooooOoooo
Rasa
bosan menyelubungi perasaanku. Kelibat mama, papa dan Mani belum kelihatan.
Selalunya pada waktu ini mereka sudah datang. Ingin membaca tiada sebarang buku
yang ada. Hari ini masuk hari yang keempat pembedahanku berlalu. Luka
pembedahan beransur pulih. Aku masih berada dalam pemantauan kerana risiko
penolakkan buah pinggang yang telah di dermakan kepada aku mungkin akan
berlaku.
Bunyi
pintu yang dibuka membuatkan aku tersenyum senang. Pantas kepala ku angkat.
Senyuman yang aku pamerkan perlahan-lahan mati dengan sendiri. Dia? Setelah
berhari aku dirawat baru hari ini dia menunjukkan muka. Kalau boleh aku mau dia
terus lenyap.
“Abang
sihat?” Pertanyaan yang keluar dari bibir Aina tidak ingin aku jawab. Perasaan
meluat kuat melantun di segenap ruang dalam badanku. Tiada sebesar zarah
perasaan suka yang tersisa untuk wanita bernama Kasih Nur Aina. Aku tidak
perlukan isteri rendah martabat seperti dirinya.
Pengenalan
aku dengan dia aku kira kesalahan terbesar pernah aku buat. Sangup dia
perangkap aku. Untuk apa dia lakukan semua itu? Karana duit? Karana cemburu
atau karana dendam atas penolakkan ku dahulu?
“Aina
tau abang tak suka Aina datang kesini, tapi Aina tetap perlu datang. Aina mau
melihat keadaan abang.” Panggilan abang yang terluah membuatkan aku mual.
Berlagak sopan kononnya, tetapi hati busuk!
“Aku
memang tidak suka. Kalau kamu tidak datang terus lagi bagus.” Mendengar
kata-kataku membuatkan wajah itu berubah riak. Tetapi aku tau dia sedaya upaya
mengawalnya.
“Aina
isteri abang. Aina berhak datang melawat.” Sedikit begetar suara itu. Aku tidak
peduli. Kalau hatinya terguris berkali ganda lagi hati Mani dan keluargaku
terguris akibat perbuatannya. Jauh di sudut hati aku tau, dia yang merangcang
penangkapan masalah khalwat kami beberapa minggu yang lalu.
“Aku
tidak memerlukan isteri seperti kamu. Kamu tau, perkahwinan ku dengan kamu
mimpi terburuk yang pernah aku lalui.” Mendengar kata-kataku Aina cepat
berlalu. Sempat aku memandang juraian air mata di pipinya. Dan entah mengapa
aku terasa gembira melihat dia menangis. Itu baru sedikit. Aku pasti akan
buatkan dia menyesal memerangkap aku dalam perkahwinan bodoh ini.
oooOooo
“Kamar
kamu di bawah.” Aku menunjukkan satu kamar yang berdekatan dapur. Rumah yang
dihadiahkan sempena graduasi aku oleh papa. Rumah banglo corner lot
yang selama ini menjadi idaman aku untuk membina keluarga bahagia. Yang
pastinya bukan dengan wanita yang begelar isteriku sekarang ini. Hanya Mani
yang layak memegang gelaran itu dan dalam masa beberapa minggu lagi pasti dia
akan aku ceraikan. Buat sementara ini dendam yang membara harus aku lunaskan.
Aku
melihat dia laju melintasi aku dan mengatur langkahnya menuju ke tingkat atas.
Tergamam seketika aku melihat reaksinya. Seketika kemudian aku bagaikan
tersedar,dengan cepat aku mengikuti langkahnya.
“Kamu
buat apa didalam kamar ku?” Geram rasa hati bila dia meredah masuk ke dalam
kamar yang sudah terisi dengan barang-barangku.
“Tempat
seorang isteri di sisi suami.” Ringkas ayat itu membuatkan aku panas membara.
Dia bagaikan sengaja ingin menantang aku.
“Tugas
seorang isteri pun kamu pasti taukan?” Pintu yang terbuka aku tutup. Dengan
perlahan aku menghampiri dia.Tangan itu aku tarik menghampiri katil. Dia hanya
kaku bila aku membaringkan tubuhnya keatas katil, jelas kelihatan tubuh itu
semakin menggigil. Nampak ketakutan dan itu yang aku maukan.
oooOooo
Tangan
yang kuhulurkan buat tidak terlihat dan seperti biasa dia akan tetap menyambar
tanganku.
“Kalau
Aina ada buat salah Aina minta maaf bang. Aina sayangkan abang.” Aku langsung
tidak terperanjat mendengar kata-katanya. Ayat itu telah aku hafal dalam kotak
fikiranku. Saban hari dia tidak jemu menuturkan ayat yang sama. Dua bulan hidup
bersamanya menbuatkan aku hampir menghafal setiap tingkahnya. Ada kalanya
tercuit sedikit rasa kasihan di hati melihat dia sedaya upaya ingin mengambil
hatiku.
Apabila
membayangkan apa yang telah dia lakukan membuatkan rasa kasihan itu musnah
dengan sendirinya. Betapa sukarnya untuk aku mendapatkan kembali kepercayaan
Mani, mujurlah penat lelah memujuk hati yang tercalar itu mendapat bantuan
mama. Sekarang aku hanya menungu masa yang sesuai untuk melepaskan Aina.
“Sudah,
aku mau ke kantor. Kunci pintu ini. Jangan pergi keluyuran pulak.” Aina hanya
menganguk mendengar kata-kataku. Selepas berpindah ke sini aku menghalang dia
dari bekerja. Aku tidak mau dia berkawan dengan orang sembarangan dan
mendedahkan perihal rumah tangga kami.
ooooOoooo
Air
didalam gelas aku sedot perlahan. Resah dan getar di hati hanya Allah yang tau.
Menanti kemunculan ‘musuh’ membuatkan aku mengelabah sendiri.
Kursi
yang di tarik kasar membuatkan aku cepat menegakkan badan. Beberapa kali aku
menghembus dan menarik nafas bagi meredakan ketidakselesaan yang mencengkam.
“Kamu
apa khabar?” Wajah Mani aku tatap. Rindu rasanya ingin mendengar bibir itu
berbicara. Kalaulah keadaan tidak seperti ini pasti kami sedang bergelak ketawa
bersama.
“Aku
tidak ada masa mau melayan kamu. Cepat, apa yang kamu mau bicarakan itu.”
Kedengaran angkuh suara itu pada perdengaranku. Rasanya itu sudah cukup baik
dari dia terus membisu. Sekurang-kurangnya dia masih sudi menerima perlawaanku
untuk bertemu selepas pengkhianatan yang aku lakukan.
“Aku
harap kau boleh menarik diri Mani. Zareef suami aku sekarang. Aku hanya ada dia
dalam hidup aku.” Walaupun aku dicap pentingkan diri aku tetap rela asalkan
kebahagiaan yang aku idamkan selama ini menjadi nyata. Walaupun aku kecundang, sekurang-kurangnya
kecundang aku setelah berjuang.
“Itu
bukan masalah aku. Kamu yang merampas dia dari aku dan kamu pun harus bersedia
aku rampas dia balik dari kamu.”Terjegil mata Mani memandangku. Jelas riak
tidak puas hati terpahat di wajahnya mendengar permintaan aku.
“Tolonglah
Mani. Aku merayu pada kamu. Tinggalkan Zareef.” Sekali lagi aku mencuba. Di
dalam hati tidak putus aku memohon supaya Allah melembutkan hati Mani.
“Jangan
mimpi!” Serentak dengan itu tubuhku terasa kebasahan disimbah dengan jus
semangka yang aku pesan untuk Mani. Minuman yang menjadi kesukaannya selama
ini.
“Kamu
jangan melampau Mani. Selama ini kamu ingat aku tak tau, kamu buat hubungan
sulit dengan Asyraf di belakang Zareef? Aku diamkan sebab aku anggap kamu
sahabat aku. Masa Zareef terlantar di rumah sakit dimana kamu? Bersenang-senang
dengan lelaki itu kan?” Mendengar kata-kataku jelas Mani terpana. Mungkin tidak
menyangka rahsia yang di simpan rapi selama ini telah aku ketahui.
“Kamu
jangan mau memfitnah aku.” Suara itu nyata bergetar.
“Aku
memejamkan mata selama ini sebab aku ingat kamu akan berubah Mani, tapi kamu
semakin jahat. Masa mama suruh kau pertimbangkan cadangan berkahwin dengan
Zareef ada kamu pertimbangkan? Tidak kan?” Sebulan Mani kamu diam. Nyawa Zareef
sudah terancam kamu pula sibuk dengan bercinta dengan Asyraf.” Segala yang aku
pendam selama ini aku luahkan. Bukan sekali bahkan berkali-kali aku pernah
terserempak dengan Mani. Berpegangan tangan dan sesekali kepala Mani terlentok
jatuh ke bahu Asyraf, bersahabatkah jenis bahasa tubuh begitu?
Aku
tidak mau mengungkit masalah itu sebenarnya, apa lagi selama ini keluarga Mani
banyak berjasa kepada aku, tetapi aku harus mempertahankan hak aku bila Mani tidak
sudi menghargai. Kalau Mani jenis yang setia, aku percaya mungkin sekarang
sudah berada jauh dari semua orang.
“Kamu
mau aku buat apa sekarang?” Suara itu jelas mengendur. Tiada lagi nada
tengkingan. Jelas riak kerisauan mendengar kata-kata aku tadi.
“Tinggalkan
Zareef.” Dan cepat aku berlalu.
oooOooo
Salam
aku berikan. Bersyukur dengan izin-Nya sekali lagi aku dibenarkan bersujud mensyukuri
setiap nikmat yang dikaruniakan. Telekung yang bersarung dikepala
aku tanggalkan. Bunyi dentuman pintu kuat kedengaran membuatkan aku sedikit
tersentak. Berdebar kencang persaanku. Dalam fikiran bermacam-macam
perkara buruk terbayang.
Wajah
Zareef yang muncul membuatkan aku menarik lafaz lega. Sebentar Cuma perasaan
itu. Terduduk aku bila tanpa isyarat tamparan tangan Zareef kuat mengenai
wajahku.
“Kamu
sudah berhasil merosakkan hidup aku, apa lagi yang kamu tak puas betina?” Suara
Zareef melengking kuat. Tergamam aku mendengar kata-katanya. Apa salah aku?
Sedaya upaya aku menggagahkan diri untuk bangun.
“Apa
maksud abang?” Aku bertanya. Tanganku dibawa meraba ke wajah. Pahitnya lebih mencengkam
dari tanparan yang Mani hadiahkan. Pahit bukan saja di wajah tetapi juga di
hati.
“Apa
kamu sudah buat dengan Mani? Tidak puas lagi hati kamu?”
Hal
tadi rupannya. Aku yakin, pasti Mani sudah memutuskan perhubungan dengan
Zareef. Kalau tidak, masakan Zareef boleh sebengang itu.
“Aina
Cuma berjuang tuntuk hak Aina. Salahkah?”
“Berjuang
sampai memukul orang? Kamu patut bersyukur tau Mani tidak mau memperpanjang
masalah ini. Kalau tidak aku bersumpah kamu kena humban dalam penjara.”
Kata-kata Zareef membuatkan aku terkebil merenungnya. Pukul? Bila waktunya aku mencederakan
Mani?
“Aina
tak pernah pukul Mani.” Aku cuba mempertahankan diri. Mani, mengapa aku bodoh
sudi mempercayai dia. Sekarang semua kesalahan tergalas berat di pundakku.
Zareef pasti memandang lebih serong.
“Sekali
lagi kamu jumpa Mani, taulah nasib kamu.” Zareef berlalu. Kemarahan masih jelas
terpancar di wajahnya.
...................
“Mama
apa khabar?” Aku bertanya kepada mama. Bakul berisi muffin coklat yang aku buat
aku berikan kepada mama. Peluang mengenali keluarga Zareef memberikan aku
kesempatan untuk mengetahui kegemaran keluarga mereka. Mama masih santai
menonton tv. Muffin yang aku hulurkan langsung tidak bersambut lantas aku
letakkan di meja kopi berdekatan dengan mama.
“Buat
apa kamu datang?” Penuh riak angkuh mama bertanya. Tergamam aku mendengar
pertanyaannya. Mana perginya mama yang aku sanjungi selama ini?
“Aina
rindukan mama.” Benar perasaan rindu yang hadir membuatkan aku sudi memalukan
diri bertandang ke rumahnya. Sudah hampir dua bulan semenjak kami berpindah
rumah,aku tidak berkesempatan untuk berjumpa mama. Pesanan dari Zareef tidak
membenarkan aku keluar membuatkan aku teringat, tetapi desakkan hati tidak
mampu aku tolak. Mama aku lihat masih beriak kosong. Bagai tidak terkesan
mendengar kata-kataku.
“Apa
yang perlu Aina buat supaya mama maafkan Aina? Terima Aina seperti dulu?”
Tangan tuanya aku pegang. Semakin mama menarik semakin kuat aku
mengengam.
“Tinggalkan
Zareef. Aku tidak mau bermenantukan kamu.” Kata-kata itu laju meluncur dari
bibir mama. Terasa air mata yang sekian lama tidak mengalir dimataku kembali
membuak mendengar permintaan seorang ibu. Hina sangatkah aku pada pandangan
mama?
“Aina
sayangkan Zareef mama. Aina sayangkan mama dengan papa. Tak boleh kah mama
terima Aina?” Tangisan yang aku simpan terhembur. Kenapa payah untuk aku
mengapai bahagia? Seumur hidup hanya secebis kebahagiaan yang aku maukan. Kenapa
itupun sukar untuk aku gengam? Mama juga seorang perempuan tentu dia lebih
mengerti hati seorang perempuan.
“Aku
harap Mani jadi menantu aku bukannya kamu. Aku tidak mau nanti keturunan aku
tercela. Mak bapak kamu sendiri pun kamu tidak kenal. Entahkan betul entahkan
tidak kamu itu anak yang sah statusnya.” Mendengar kata-kata yang aku anggap
biadap dari mama membuatkan tubuhku menggeletar. Itukah yang ada pada fikiran
mama selama ini? Sehina itukah aku?
“Mama.”
Aku ingin menjerit kuat tetapi suaraku bagaikan tidak terkeluar. Biarpun di
besarkan di rumah anak yatim tetapi umi dan babah tidak pernah mengajar kami
biadap dan aku sendiri tidak mau mensia-siakan ajaran mereka.
Terasa
aku memang tersilap bila keluar tanpa kebenaran Zareef. Kalaulah aku mendengar
kata-katanya tentu aku tidak perlu mendengar kata penghinaan dari bibir mama,
wanita yang aku kagumi dan sayangi dahulu. Sekarang juga rasa itu tetap sama.
Tidak pernah berubah.
“Aku
harap kamu tinggalkan Zareef. Kalau tidak aku takkan memaafkan kamu sebab memerangkap
anak aku.” Dengan kata-kata itu mama berlalu. Kerasnya hati mama bagaikan sukar
dilentur. Tegarkah aku meninggalkan Zareef demi memenuhi keinginan seorang
wanita begelar ibu?.
oooOooo
“Abang
ayo kita makan.” Tanganku ditarik Aina. Terhenti bacaanku. Wajah itu nampak
berseri-seri. Seri yang sekian lama tidak aku lihat dan entah mengapa aku
merelakan diri mengikut langkah kakinya. Melangkah saja ke bawah aku tergamam.
Jelas segalanya berubah. Entah bila dia melakukan semua itu.
“Selamat
hari lahir bang. Semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki.” Terkaku aku
bila tanpa peringatan ciuman Aina menjengah pipi. Terasa menggebu satu perasaan
halus di dalam hatiku. Aina yang manis dan Aina yang comel, kata-kata itu
sering di ucapkan oleh kawan-kawan lelakiku semasa di universitas. Tetapi aku
langsung tidak pernah tertarik. Padaku Mani lebih menawan, sedangkan yang
lainnya lebih maukan Aina.
Dengan
di temani cahaya lilin yang redup dan muzik yang romantis benar-benar membuai
perasaanku. Aina aku lihat lain berbanding hari biasa. Entah pakaian yang di
pakai membuatkan dia nampak mengancam atau rasa di dalam hatiku ini yang
membuatkan semuanya terasa berada dalam keadaan yang betul dan sempurna. Atau
mungkin kerana desakan hati yang terasa kerana Mani bagaikan terlupa dengan
hari lahirku.
Mengenali
Aina sepanjang empat tahun, tidak pernah sekalipun dia gagal mengucapkan
selamat menjelang hari lahir aku. Kadang-kala dia muncul dengan membawa muffin
yang di beli dengan harga beberapa ringgit dan membawa lilin yang digunakan
ketika bekalan listrik terputus. sejujurnya aku harus mengakui Aina boleh
menjadi sangat kelakar dan comel dalam sesuatu masa.
“Sedap
tak?” lembut bicara itu menerjah perdengaranku. Aku hanya mampu menganguk.
Sedikit tersentuh bila dia ingin menyuapkan sepotong daging kepadaku. Aku
mengelengkan kepala tetapi dia masih tetap tidak berganjak. Perlahan-lahan aku
membuka mulut dan jelas dia kelihatan sangat gembira.
Suasana
itu berterusan bila kami melangkah ke dalam bilik. Aina menjadi sangat menggoda
dan aku tidak mampu menolak semua itu.
oooOooo
Terbangun
saja aku pagi itu, aku tersenyum. Segalanya bagaikan begitu sempurna. Aku tidak
tahu perasaan apakah ini yang mewarnai hatiku. Terasa semuanya begitu indah.
Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap ke arah Aina. Kosong. Mati terus
senyuman yang ada. Mungkin dia berada dalam bilik air. Lama menungu tiada
sebarang bunyi yang kedengaran.
Bingkas
aku bangun. Pakaianku yang bertaburan aku pakai secepat yang boleh. Langkah
kaki aku bawa menuju ke bawah. Kosong. Seluruh rumah aku geledah, tetap kelibat
Aina tidak aku temui. Dalam fikiranku hanya satu perkara bermain. Pintu almari
aku buka dengan tangan begetar. Terduduk aku bila tiada sehelai pakaian milik
Aina yang tinggal.
Ini
yang aku maukan, tetapi kenapa bila Aina benar-benar tinggalkan aku, aku tidak
gembira? Bukankah aku patut bergembira sekarang ini? Aku ingin menangis tetapi
aku tidak mampu. Tiada ucapan selamat tinggal. Seharusnya aku menyedari tingkah
dia yang mendadak berubah. Mengapa aku begitu bodoh?
oooOooo
5
tahun berlalu.
Aku menghirup
udara bumi kampong halaman sepuas-puasnya hati. Rindu yang terasa menggebu di
hati selama ini bagaikan terluahkan. Walaupun terasa rindu tetapi selama
bertahun ini aku menahan perasaan itu. Kini karena sebuah tangungjawab yang
perlu aku laksanakan aku kembali kesini. Lima tahun di kota besar benar-benar
mematangkan aku. Mengajar aku arti berdikari.
“Ibu.”
Mendengar panggilan itu membuatkan aku segera menunduk ke bawah. Tanganku
terasa di tarik.
“Ibu,
adik lapar.” Mimik wajah seakan ingin menangis mencuit hati. Aku ketawa kecil.
Zarith Fahmi, anak kecil yang menjadi kebanggaanku selama ini. Ketika aku
hampir hilang pedoman untuk hidup, Allah hadiahkan aku dengan nikmat yang tidak
ternilai. Peluang yang aku nantikan selama ini. Yang pada perkiraan aku tidak
mungkin dapat aku gapai. Hanya seorang wanita yang begelar seorang ibu tau
betapa bahagianya aku diberi kesempatan untuk mengandung, merasa sendiri
kesakitan ketika melahirkan dan memegang zuriatku dengan penuh perasaan kasih.
Kelahiran
Zarith Fahimi memberikan kembali makna dalam hidup aku. Tawaran kerja di bumi
kota besar aku anggap rezeki yang Allah kurniakan kepada kami anak beranak.
“Ibu,
adik lapar. Ayolah,” Tersentak aku dari lamunan. Tanganku di tarik oleh si
kecil supaya mengikut langkahnya menuju ke MD.
“Ibu
makanlah cepat.” Zarith mengesa. Jelas ketidak sabarannya ingin pergi ke rumah
baru. Puas aku memujuk untuk berpindah. Mulanya dia meragam juga kerana
terpaksa berpisah dengan kawan-kawan TKnya. Tapi bila aku janjikan kawan-kawan
yang lebih ramai terus dia bersetuju.
“Tidak
sabar mau kerumah baru ya?” Kepalanya aku usap lembut. Dia mengelengkan kepala
menyebabkan aku kehairanan.
“Adik
mau jumpa abah. Hari tu ibu bilang abah jauh. Harus naik kapal terbang baru
boleh jumpa. Tadi kita sudah naik. Ayolah cepat ibu kita berjumpa abah.”Mendengar
kata-kata yang keluar dari bibir Zarith Fahmi menyebabkan aku terdiam. Ingatan
anak kecil usah di pertikai. Sedangkan aku sendiri sudah terlupa bila aku
berjanji.
“Hari
ini tidak boleh sayang. Abah sibuk. Nanti ibu bawa adik jumpa abah.” Jari kelingkingnya
disuakan kearah aku. Dengan perlahan aku mengaitnya bertemu dengan jari kelingkingku.
Itu cara yang Zarith Fahmi gunakan bila ingin menuntut sesuatu dari aku. Aku
berani menyambut kerana kepulangan aku ke kampong halaman juga kerana ingin
bertemu dengan Zareef. Sudah berkahwinkah dia dengan Mani? Kalau sudah
nampaknya aku sudah memperoleh madu itupun kalau aku masih begelar isteri
kepada Zareef.
ooooOoooo
Terasa
mengeletar langkah kakiku. Aku harus kuat. Walau apa yang terjadi aku harus
kuat. Itulah yang aku ulang berpuluh kali sejak dari kemarin. Pintu bilik
mesyuarat aku tolak setelah aku mengetuk perlahan.
Aku
menundukkan wajah tanda hormat kepada semua lembaga pengarah. Sebab kelewatan
aku terangkan. Mereka menganguk-anguk berpuas hati. Mataku meliar mencari wajah
yang aku rindukan selama ini. Wajah itu nampak jelas berubah. Lebih matang
dengan janggut yang di potong kemas di bawah dagu. Dia nampak tekun menerangkan
sesuatu kepada seorang lelaki di sebelahnya.
Mataku
melilau mencari tempat kosong. Terasa susah benar ingin melangkah bila kursi
untukku betul-betul bertentangan dengan tempatnya duduk. Aku menarik perlahan
kursi, tetapi masih kedengaran kuat bergeser. Dengan cepat wajah itu memandang
ke arahku. Saat itu aku tau dia tergamam. Nampak jelas riak wajahnya berubah
Bunyi
kursi yang bergeser membuat perbicaraanku dengan Pak David tergangu. Dengan
cepat wajah kuangkat ingin melihat siapa yang menarik kursi yang sebentar tadi
kosong di hadapanku.
Nafas
terasa sesak. Dia! Dia yang aku cari selama ini. Wajah yang membuatkan aku
separuh gila merinduinya. Raut wajah itu masih seperti lima tahun lalu. Tiada
yang berubah. Mungkin yang berubah adalah dari segi kematangan berpakaian.
Kelihatan begitu bergaya.
Tumpuanku
terhadap perbicaraan itu terganggu. Langsung tidak fokus dalam kepalaku
penerangan-penerangan yang berapi-api dikeluarkan oleh beberapa orang pekerja.
Apa yang ada dalam fikiranku sekarang hanya dia. Saat rapat berakhir aku
menarik nafas lega.
“Aina.”
Aku memangil perlahan. Aku tau dia mendengar tetapi langkah kaki itu semakin
laju melangkah.
“Kita
harus berbicara.” Tangan Aina aku tarik. Terdorong dia kebelakang. Jelas wajah
itu tidak senang dengan tindakan aku.
“Aina
sihat?” Aku memulakan bicara. Air di dalam gelas aku kacau perlahan-lahan
mengunakan straw. Aku mengeluh bila dia hanya mengangukkan kepala. Benci
sekalikah dia kepada aku sehingga sepatah perkataan pun tidak sudi dia ucapkan?
“Aina
tinggal dimana sekarang?” Aku masih mencoba nasib. Walaupun sepatah ayat aku
tetap ingin mendengar suaranya berbicara
“Kemuning.”
Satu ayat tetapi sudah cukup memberikan aku senyuman. Lega. Sekurangnya dia
masih sudi untuk bercakap denganku.
“Sendiri?”
“Tidak
dengan an... Teman.” Aku memandangnya curiga. Telingaku bagaikan menangkap
sesuatu.
“Dengan
siapa?” Sekali lagi aku bertanya.
“Teman.”
Mendengar kata-katanya aku menganguk tanda berpuas hati. Mungkin aku yang
tersalah dengar.
“Sudah
lama kerja dengan Pribumi Holding?”
“Sudah
mau lima tahun. Dulu di Kantor pusat. Baru seminggu yang lalu aku dipindah ke
sini.” Mendengar kata-katanya barulah aku tahu mengapa pencarian aku selama ini
sering berakhir ke jalan yang buntu. Jauh benar dia membawa diri.
“Malam
itu mengapa meninggalkan abang?” Itulah pertanyaan yang selalu bermain dalam
fikiran ku selama ini. Akhirnya mampu juga aku luahkan.
“Kamu
tidak memerlukan saya. Buat apa saya mau tunggu.” Mendengar jawapannya terasa
wajahku seperti di tumbuk. Ya aku tau semuanya berpunca dari aku. Bahasa diri
yang di gunakan juga meyakinkan aku yang aku sudah tiada dalam hatinya.
“Siapa
bilang?” mendengar pertanyaan aku. Membuatkan dia mendiamkan diri. Jelas dia
terperanjat mendengar pertanyaanku.
oooOooo
Lain
yang aku rencanakan lain pula yang terjadi. Kenapa mesti dia melayan aku dengan
baik? Tidak bolehkah dia terus dengan perang kebencian dia terhadap aku? Itu
akan lebih memudahkan urusan aku. Tiga bulan ini dia tidak habis-habis
memburuku.
Ternyata
dugaanku mengenai perkahwinannya dan Mani jauh menyimpang. Mereka tidak
berkahwin. Zareef memberitahu yang dia melihat Mani sedang bermesra dengan
Asyraf dalam keadaan mengaibkan di dalam mobil.
“Abang
datang jemput Aina di rumah ya?” Mendengar suaranya di corong telepon
membuatkan aku menggelabah. Tidak boleh. Aku belum bersedia untuk
memperkenalkan Zarith kepada Zareef.
“Tidak
usah. Kamu massage aja alamat tempat kita mau bertemu. Nanti saya pergi kesana.”
Aku cuba menghalangnya.
Bunyi
loceng pintu yang keras berbunyi menyebabkan perbualanku bersama Zareef
terganggu. Dengan cepat aku mengahiri perbualan itu. Aku tersenyum apbila melihat
Zarith cepat melangkah ke pintu. Tidak perlu disuruh.
“Paman
mau bertemu siapa?” Terdengar suara Zarith cepat aku melangkah menuju ke
arahnya. Paman mana? Siapa tau orang yang berniat jahat, risau juga aku. Pintu
yang terbuka kecil aku buka lebar. Tergamam bila di sebalik pintu besi
tersembul wajah Zareef yang memegang tangan Zarith erat.
“Kamu
buat apa di sini?” Kalut aku bertanya. Bukan ini yang aku maukan. Aku perlukan
masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka.
“Ibu,
ini ayah adik kah?” Pertanyaan dengan wajah penuh harapan itu membuatkan aku
tidak sampai hati ingin menafikan. Aku tidak mau bertindak kejam. Kesakitan
membesar sebagai anak yatim piatu masih terasa dan aku tidak mau walau sesaat
anak kesayangaku turut merasa apa yang pernah aku lalui.
“Apa
ini Aina?” Wajah Zareef turut berubah. Dia jelas nampak kebingungan. Pintu
pagar besi yang memisahkan kami berdua dengannya, aku buka. Tanpa menungu
pelawaanku cepat dia melangkah masuk.
“Aina
ada hal yang mau dibicarakan.” Aku menarik nafas panjang. Segalanya
malam ini harus aku lepaskan.
oooOooo
Zarith
terlihat bergaya pada pandangan mataku. Dengan baju kemeja kotak dan seluar
jeans skinny dia kelihatan cukup bergaya. Hadiah pertama pemberian ayah yang
baru dikenalinya tidak sampai seminggu.
“Gayanya
anak ibu.” Aku memuji. Dia tersengih mendengar pengakuanku. Lesung pipit di
kedua pipinya jelas kelihatan. Segalanya yang ada pada wajah itu adalah milik
Zareef. Langsung tiada persamaan pada wajah itu denganku. Dengan penuh kasih
tubuh itu aku peluk. Aku menghidu aroma dari tubuh anak kesayanganku. Bau itu,
sampai nafas terakhir sekalipun tidak mungkin aku lupa.
“Ayah
bila mau datang ibu?” Dia bertanya. Jelas riak wajah teruja tergambar dalam
setiap pandangan matanya. Hari ini Zarith akan diperkenalkan dengan atuk dan
neneknya. Sejak dari tadi dia tidak habis-habis memberitauku yang dia gembira
ada atuk dan nenek. Sedangkan aku? Getaran untuk bertemu kembali dengan papa
dan mama hanya Allah sahaja yang tau. Setelah permintaan mama dahulu sejujurnya
aku benar-benar terasa dihati. Di sebabkan kata-kata mama jugalah aku mengambil
keputusan nekad meninggalkan Zareef.
“Ibu
kita tunggu di bawah mau?” Zarith berkata. Bulat matanya itu merenungku.
“Ayu.”
Aku tersenyum bila Zarith melompat kecil. Tidak pernah aku melihat Zarith
seceria ini. Nama ayah tidak putus-putus keluar dari bibirnya. Zarith bagaikan
begitu ketagihan dengan pangilan itu.
oooOooo
Aku
tidak tahu bagaiman harus bereaksi. Mama kian mendekat. Kata-katanya dahulu
terasa berulang tayang dalam fikiranku. Tubuh mama berhenti betul-betul di
hadapanku. Tangan itu diangkat. Cepat aku memejamkan mata. Mungkin kali ini
hadiahku adalah tamparan pula. Usapan-usapan kecil di kedua-dua pipi membuatkan
aku cepat membuka mata. Jelas di pandanganku mata mama berkaca-kaca. Seketika
kemudian tubuhku menghilang dalam rangkulannya.
“Maafkan
mama Aina. Maafkan mama.” Mendengar ucapan maaf itu air mataku turut mengalir.
Terbang melayang segala rasa sakit di hati. Ajaibnya kuasa seorang ibu tidak
dapat aku nafikan. Mungkin inilah rasa yang sama dirasai Zarith saat dia
melakukan kesalahan dan datang memeluk aku sebagai tanda ucapan maaf.
Aku
tersenyum memandang Zarith yang kecoh bercerita tentang kenangannya bersekolah
di Kota kepada mama dan papa. Kadang kala aku sendiri tidak terlayan dengan
mulutnya yang banyak berbicara. Semua benda hendak di tanyakan dan semua benda
hendak di ceritakannya.
“Aina,
abang ada hal yang mau dibicarakan.” Zareef yang tiba-tiba duduk di sebelahku
membuatkan aku sedikit terperanjat.
“Apa?”
Aku bertanya perlahan. Dalam pada masa itu sempat aku membalas lambaian tangan
Zarith.
“Abang
mau Aina terima abang. Abang mau menebus semua dosa abang selama ini terhadap Aina.”
Mendengar kata-katanya membuatkan darah terasa meruap ke wajahku. Arghh.
Aku benci bila dia belagak hipokrit. Bukan aku tidak sadar, tadi di
meja makan ramah mereka bercerita dan yang paling tidak disenangi cerita
mengenai pemindahan buah pinggang Zareef menjadi cerita. Benda sudah basi buat
apa mau diungkit? Ataupun mereka sudah tau sesuatu jadi berpura-pura baik
terhadap diriku. Sebab itulah mama menangis berjumpa dengan aku.
Cepat
aku bangun. Kalau sebab masalah itulah mereka baik, aku tidak sudi. Aku sudah
menghalalkan semua yang aku beri, dan aku tidak mengharapkan mereka terpaksa
menerima aku sedangkan hati mereka tidak rela.
“Kenapa
ni?” Kalut Zareef bertannya. Mungkin tidak menyangka akan reaksiku.
“Kalau
abang maukan Aina sebab abang sudah tau Aina yang mendermakan buah pinggang tu,
sebaiknya abang lupakan saja. Aina sudah menghalalkan semuanya.” Cepat aku
berlalu menuju kearah mama dan papa. Mereka tergamam bila tangan mereka aku
capai dan aku kucup sebelum menarik tangan Zarith bangun. Bukan niat aku hendak
biadap tetapi desakan hati yang kecewa mendorong aku bertindak begitu.
Aku
memandang keluar jendela. Tidak sudi untukku memandang kearah
Zareef. Tadi pun ketika aku mau berlalu cepat dia mengikuti dan memaksa aku
naik mobilnya.
“Mengapa
tidak bilang Aina yang mendermakan?”
“Sudah
tau, buat apa mau bilang?” Sedikit keras nadaku. Biarlah. Kali ini aku mau
melayan perasaan di hati. Selama ini aku sudah banyak mengalah. Kali ini aku
akan memastikan aku tidak di perbodohkan lagi.
“Abang
tidak tau. Puas abang tanya sama Pak Mud, tapi dia tidak mau beri tau sebab
terikat dengan peraturan dan janji. Rupanya selama ni Aina yang jadi penderma.”
Mendengar kata-katanya membuatkan aku cepat memandang ke arahnya. Mustahil.
Bukankah dia sudah tau?
“Kenapa
tidak bilang?” Dia seolah-olah berbicara sendiri. Aku malas ingin mengambil
pusing. Biarlah semua ini kembali seperti biasa.
oooOooo
Berserabut.
Itulah satu perkataan yang aku boleh ucapkan. Dalam lelah aku mencari si
penderma yang bermurah hati ternyata orang yang aku cari selama ini ada di sisiku.
Mengapa aku tidak sadar?
“Kami
hanya menggalakkan penderma di kalangan ahli keluarga pesakit.” Kenapa aku
tidak sadar ayat itu memberi seribu maksud? Bodohnya aku. Patutlah Aina hanya
muncul selepas beberapa hari aku menjalani operasi.
Paling
jahat aku hadiahkan penderitaan kepada dia. Sedangkan dia sangup mengorbankan
masa depan untuk lelaki yang tidak tau menghargai seperti aku.
“Orang
dekat” Satu lagi klu yang di berikan oleh Pak Mahmud terimbas. Orang dekat.
Isteri. Itulah yang dimaksudkan.
oooOooo
Air
mataku yang mengalir tidak mampu untuk kusekat. Mengapa begitu cepat benda itu
merebak? Masa setahun yang diberikan hanya tersisa tiga bulan. Itu pun belum
tentu sampai ke tiga bulan.
“Beri
abang peluang untuk membahagiakan Aina.” Dia muncul bersama dengan wajah yang
dibasahi air mata. Rahasia yang aku pertahankan selama ini bukan lagi rahasia.
Aku yang tiba-tiba pitam ketika keluar bersama dia membuka rahasia yang aku
sembunyikan selama ini.
Kangker
usus peringkat akhir. Sakit yang mulai aku derita dua tahun lalu. Bukan tidak
mahu menjalani pengobatan. Tetapi memikirkan Zarith yang masih kecil membuatkanku
menanguhkan dulu pengobatan itu. Saat aku sudah bersedia, segalanya
sudah terlambat. Kangker sudah memasuki tahap keempat. Tidak berguna lagi ubat
bevacizumab dan rawatan kimoterapi terhadap penyakitku. Apa yang aku ada
hanyalah doa dan bertawakal kepada Allah. Andai umurku di panjangkan aku
bersyukur andainya aku di jemput mengadapnya lebih awal aku tetap bersyukur
kerana aku tahu Zareef ada untuk membesarkan Zarith.
“Aina
sudah mau mati. Abang boleh mencari yang lebih baik lagi.” Aku menolak. Aku
tidak boleh bertindak kejam. Setelah masalah di rumah mama dan papa keadaan
kembali pulih bila Zareef berusaha meyakinkan aku yang dia memang tidak tau
akulah yang mendermakan buah pinggang kepadanya.
“Abang
maukan Aina saja.” Tubuhku ditarik dan dipeluk erat. Pertama kali sepanjang
mengenalinya dia menangis. Saat ditimpa kecelakaan dan memerlukan pemindahan
buah pinggang dengan segera, aku lihat dia masih mampu bertenang. Sekarang
ketenangan itu hilang, dan saat ini aku menyedari yang cinta diluahkan dia
selama ini memang ada untuk aku.
oooOooo
“Aina
mau makan apa? Bilang sama mama. Nanti mama buatkan.” Aku tersenyum mendengar
pertanyaan mama. Disaat aku menghitung detik aku di panggil mengadap sang
pengcipta rupanya terselit hikmah disebalik semua itu.
Setitis
kasih sayang keluarga yang aku dambakan selama ini aku sudah mendapatkannya dan
cinta Zareef yang aku kejar dulu sudah aku rasai, walaupun nikmatnya hanya
untuk sedetik tetapi aku sudah berpuas hati. Sekarang aku hanya mengharapkan
kasih sayang dari Allah yang maha pengasih dan maha mengasihani.
oooOooo
Aku
membersihkan perlahan-lahan tangan Aina dengan tuala basah. Jelas kelihatan
uratnya di tangannya menonjol. Dalam masa tidak sampai dua bulan aku mendapat
tau penyakitnya kesihatannya menurun dengan mendadak. Makanan yang dimakan
banyak dimuntahkan kembali berbanding dengan yang dapat memasuki perut. Berat
badannya juga turun.
Pandangan
matanya yang sayu membuatkan hatiku turut pilu. Andai dapat aku undurkan
kembali masa pasti dia tidak akan aku persiakan. Dulu saat aku mulai merasa
getaran terhadap Aina dia pergi membawa sekali bersama perasaaku yang masih
tidak menentu. Waktu itu aku sendiri tidak tau apa yang ada di dalam hati aku.
Yang aku tau kehilangan dia memberikan tamparan yang cukup besar.
Berbulan-bulan
aku menjadi penyelidik tidak beriktiraf mencari jejak Aina. Hubungan aku dengan
mama jugak hampir musnah bila mama mengaku yang dia ada menyuruh Aina meninggalkan
aku. Aku sendiri tidak tau mengapa aku berperasaan begitu, sedangkan semasa
awal perkahwinan kami, aku tidak henti-henti menyumpahnya agar Aina hilang dari
pandangan mataku.
Saat
aku melihat Mani curang di belakang aku juga, aku langsung tidak merasa
apa-apa. Bagaikan apa yang terjadi tidak memberikan aku arti.
“Ibu.”
Suara Zarith jelas kesedihan. Anak kesayanganku melangkah masuk ke dalam kamar
kami. Laju kakinya melangkah ke arah Aina. Tangisannya kemudian kedengaran kuat
berbunyi.
“Mau
ikut ibu. Mau ikut ibu.” Berkali-kali ayat itu di ucapkan Zarith. Dengan
bersusah payah aku melihat Aina berusaha mengangkat tangan untuk memeluk tubuh
Zarith.
“Syuhh..Anak
ibu mengapa ni?” Dengan nada lemah Aina bertanya. Aku lihat di hujung matanya
juga air jernih mula mengalir.
“Adik
tidak mau paman mengambil ibu.” Tangisan Zarith semakin kuat. Aku cuba
menariknya dari memeluk kuat tubuh Aina, bimbang mendatangkan kesakitan
terhadap dia. Tetapi rangkulan Zarith terasa kaku. Aina hanya mengelengkan
kepala kepadaku tanda tidak apa-apa.
“Dia
mungkin bermimpi.” Aina berkata perlahan. Tangannya menepuk-nepuk bahu Zarith.
Melihat
keadaan mereka berdua membuatkan rasa cemburu di hati, lalu aku merebahkan
badan di sebelah Aina. Tubuh mereka berdua aku rangkul erat. Perasaan sebak
menguasai aku. Membayangkan Aina diambil dariku air mata mengalir keluar. Kalau
dulu demi sebuah ego aku tidak akan menangis tetapi sekarang semua itu bagaikan
sudah hilang.
Terasa
sedikit benar masa yang aku ada dalam membahagiakan Aina. Ketika dia masih
bertenaga serata tempat yang teringin di lawatinya aku bawakkan. Di setiap
tempat yang kami pergi aku sedaya-upaya membina memori indah agar semua itu
dapat menjadi kenangan terindah dalam hidup kami berdua. Mendengar tawa Aina
dan Zarith sudah cukup memberikan seribu makna kepadaku.
Tangan
Aina yang ingin menyentuh wajahku aku sambar. Kucium tangan itu sepuas-puas
hati.
“Jaga
Zarith baik-baik bang. Aina mau anak kita jadi anak yang soleh. Jaga mama dan
papa. Tolong Aina sampaikan ucapan maaf pada Mani sebab memisahkan abang dengan
dia.” Mendengar kata-kata Aina membuatkan aku kelu. Entah mengapa
dapat aku rasakan masa untuk aku bersama dengan Aina semakin suntuk.
oooOooo
“Aina
bangun sayang. Kita sembahyang subuh.” Aku mengejutkan Aina bangun. Dada itu
jelas berombak kecil. Nampak lemah. Bila dengan perlahan-lahan dia membukakan
mata aku tersenyum.
“Aina
mau berjamaah dengan abang.” Mendengar kata-katanya aku lantas mengangkat tubuh
itu menuju ke kamar mandi.
Setelah
selesai berdoa aku berpaling menghadap ke arah Aina. Aku menyambut tangan Aina.
Lama dia tunduk mencium tanganku. Saat dia mengangkat kepala sebuah kucupan aku
hadiahkan ke dahinya. Dalam kesakitan satu yang aku kagumi, tidak pernah aku
melihat dia meninggalkan solat. Bukan saja kini, dahulu juga dia begitu.
Sehinggakan aku dan Mani ada kalanya merasa tidak berpuas hati kepadanya.
Setiap kali keluar kami terpaksa singgah di mana-mana masjid bagi membolehkan
Aina bersembahyang. Ajaran Umi dan Babah yang sempat aku
bertemu bulan lalu ternyata tidak sia-sia.
“Aina
minta maaf abang. Ampunkan salah dan silap Aina sepanjang Aina menjadi isteri abang.
Halalkan makan dan minum Aina.” Getaran suaranya terasa jelas kedengaran kerana
mengawal perasaan sedih.
“Abang
halalkan sayang. Abang halalkan.” Terhenti kata-kataku. Rasa sebak
yang mengcengkam sedaya upaya aku tahan. “Abang minta maaf kalau sepanjang Aina
menjadi isteri abang Aina banyak menderita dari gembira. Abang minta maaf andai
abang tak sempurna untuk Aina.” Terhenti lagi bicara ku.
“Abang
sudah cukup sempurna untuk Aina.” Mendengar kata-katanya aku memeluk tubuh itu
erat.
“Aina
sayangkan abang.”
“Abang
cintakan Aina sampai akhir hayat abang.” Dalam pada masa itu aku terdengar
mulut Aina melafazkan kalimah syahadah sebelum perlahana-lahan tubuh itu
terkulai dalam rangkulanku.
“Pergilah
sayang. Restu dan redha abang sentiasa bersama dengan sayang.” Dahinya aku
kucup lama. Air mataku bagaikan kering dengan sendirinya.
“Ya
Allah andainya aku dan dia menjadi umatmu yang terpilih untuk berada di
syurgamu, jadikanlah dia bidadari untukku di syurga nanti.”
oooOooo
“Ayah
buat apa itu?” Suara yang menyapa lembut membuatkan aku tersenyum. Wajah itu
persis aku. Saling tidak tumpah. Satu-satunya Zuriat yang aku ada.
“Lihat
foto ibu lagi?” Dia mengeluh berat. Aku tau dia kurang senang dengan tingkahku.
Aku bukanlah memuja cuma aku ingin mengimbas kembali kenangan yang pernah
singgah dalam kehidupanku.
“Cucu-cucu
abah mana?” Aku bertanya. Zarith bukan boleh dibiarkan berbicara. Nanti dia
tidak tahu di mana hendak meninggalkan nokhtah. Mulut mengalahkan perempuan.
“Diluaruar.
Sedang memcuci mobil.” Mendengar kata-katanya aku cepat bangun. Langkah kaki
aku bawa ke arah balkoni. Riuh rendah suara cucuku seramai empat orang itu
berebut selang air. Senyuman terukir di bibirku. Kalaulah Aina ada di sisiku
sekarang tentu dia turut gembira melihat karenah cucu-cucu kami. Insyaallah,
kalau Allah mengizinkan sayang tungguabangdisana.
Ku telah memiliki
Rasa indah perihku
Rasa hancurnya harapanku
Kaulepas cintaku
Rasa kan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Kupikir kusalah mengertimu
Houo aku
Hanya ingin kau tau
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui
Waktu yang tersisa kini
Disetiap hariku
Disisa akhir nafas hidupku
Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Ku lewati itu
Ku telah memiliki
Rasa indah perihku
Rasa hancurnya harapanku
Kaulepas cintaku
Rasa kan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Kupikir kusalah mengertimu
Houo aku
Hanya ingin kau tau
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui
Waktu yang tersisa kini
Disetiap hariku
Disisa akhir nafas hidupku
Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Ku lewati itu
HanyaInginKauTahu.
Penamat apakah ini? jangan marah haa...Akhirnya
tercapai juga hasrat teman mau menulis cerita sad ending. Walaupu ceritanya
bertaburan bak bunga cempaka gugur di tepi jalan Tol Cipali, sudikanlah
teman-teman sekalian merasai apa yang saya rasa.... Rasa teruja yang amat
sangat setelah satu minggu menulis akhirnya siap juga cerpen ni.... Silalah
adik, abang kakak menulis komen supaya sy dapat mmperbaiki lagi mutu penulisan
d’ masa akan datang... bubye.......
Kalau ada tersalah ejaan
harap d’maafin. Terima
2 comments:
Sip kang.?sungguh kisah yg tersanjung
Terima kasih Mas Arjuna Ireng,juga singgahnya.
Post a Comment