Berbagi Berita dan Cerita Dari Sumber Terpercaya

Friday, 26 February 2016

Setitik Kasih Sedetik Cinta

Setitik Kasih Sedetik Cinta




Aina cintakan abang.” Aku merenung wajah Zareef. Wajah itu tetap membeku. Hanya memandangku dengan riak kosong bagaikan apa yang aku luahkan hanya sekadar ucapan biasa. Salahkah aku andai mengharapkan setitis kasih? Besar sangatkah permintaan itu?
           
“Kau sendiri tau, kau tak pantas untuk itu.” Hanya dengan sebaris ayat Zareef terus berlalu. Kolam mata terasa berat. Pandangan mata terganggu bak air mata yang bila-bila masa saja akan menodai pipiku.
           
Kalau mencintai seorang lelaki itu diangap berdosa, maka berdosalah aku kerana mencintai, dan kalau mengharap kasih itu diangap pengkhianatan maka pengkhianatlah aku. Salahkah andainya aku berjuang untuk mendapatkan semua itu?
           
“Tidak salah Aina. Cuma cara kamu yang tidak betul. Kamu mengharapakan cinta disebalik kedukaan orang lain. Kasih yang engkau minta juga atas kehancuran hati seorang wanita, jadi pantaskah engkau untuk semua itu?” Suara hatiku berbicara sendiri. Ya, aku memang tidak pantas.
           
Mengenali Zareef dan Mani adalah hadiah terbesar dalam hidupku. Pertama kali menjejakan kaki ke Universitas dua nama itulah yang mula menghulurkan salam persahabatan. Saat susah dan senang kami kongsi bersama, pertama kali aku rasa dihargai. 
           
Aku membesar di rumah anak yatim selepas kematian ayah dan ibu kerana terlibat dalam kecelakaan ngeri akibat kelalaian orang lain pada usia yang baru mencecah lima tahun. Di rumah anak yatim itulah aku membesar. Merebut kasih sayang umi dan abah pemilik rumah anak yatim bersama dengan berpuluh lagi anak-anak senasib denganku.
           
Zareef dan Mani beruntung kerana dilahirkanan dalam keluarga yang agak senang, tetapi kesenangan itu langsung tidak menjadikan mereka manusia yang hanya tahu mendongak ke langit. Meniti kehidupan sebagai seorang student membuatkan aku dihimpit dengan segala macam perasaan. Mujurlah ada Mani dan Zareef yang sudi mendengar keluh kesahku.
           
Berada di tahun akhir pengajian membuatkan aku harus bekerja keras bagi menjadikan aku manusia yang berguna. Hanya dengan ilmu aku mampu meletakkan diri sebaris bersama orang lain.
                                                           ooooOoooo

“Aku mau bertunangan.” Ayat itu membuatkan aku menjerit gembira. Tidak sedar bila Mani bercinta. Tetapi sebagai sahabat aku tetap mendukung apa saja yang baik untuk kehidupan Mani.
           
“Kau tak mau tanya dengan siapa aku bertunangan?” Mani tersenyum. Jelas di matanya dia sedang berbahagia. Siapa saja lelaki mendapatkan wanita sehebat Mani pasti beruntung.
           
“Dengan Siapa.” Teruja aku bertanya. Beberapa wajah menjelma dalam fikiranku. Asyraf? Senior yang tidak putus mengejar cinta Mani atau Razif si mamat playboy yang pernah di gosipkan dengan Mani?
           
“Zareef.” Mendengar sepotong nama yang disebut terus mematikan senyumanku. Ya Allah kenapa mesti dia? Kenapa tidak Asyraf atau Razif? Saat itu aku rasakan dadaku ditikam dengan berjuta kaca yang tajam. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan.
           
“Kau tak gembira kah aku nak bertunangan dengan Zareef?” Mungkin menyedari riak wajahku yang berubah, Mani segera bertanya.
           
“Gembira, cuma aku terkejut. Bila kalian bercinta? Aku tak tau pun? Sampai hati kalian merahasiakannya dari aku.” Aku bertanya. Sedaya upaya riak gembira yang terhakis aku cuba ciptakan kembali. Sabarlah duhai hati.
           
“Baru dua bulan. Saja kami tak mau menghebohkan dulu. Masa aku bertunangan nanti kamu harus datang tau. Acaranya setelah semester. Sengaja aku bagitau awal. Excited sangat rasa.” Mani nampak teruja berbicara. Sedangkan aku?

                                         ooooOoooo

            “Kenapa tak bilang kau cintakan   Mani?” Wajah Zareef aku tatap. Terasa geram wajahku kerana menahan perasaan malu yang mencengkam. Tiga bulan lalu dihadapan kompleks olah raga inilah aku meluahkan perasaanku kepada Zareef. Dia jelas tergamam saat rasa hati ini aku luahkan.
           
Bukan niatku ingin menjadi gadis tidak tau malu, tetapi naluriku berbisik menyuruh aku meluahkan rasa yang terpendam. Kebaikan, perhatian dan tidak aku nafikan kekacakan wajah Zareef menawan hatiku.
           
“Aku tidak sampai hati mau memberitau mu. Aku tidak mau disebabkan perkara remeh ni hubungan kita terputus. Sudah lama aku sukakan Mani, Cuma baru kali ini saja aku berani mau meluahkan perasaan ku pada dia.”
           
Hal remeh? Itukah yang ada dalam fikiran Zareef? Remehkah hal itu kalau menyangkut soal hati?
           
“Kenapa kamu berani meluahkan perasaan kamu pada Mani setelah aku berbuat pengakuan yang aku cintakan kamu?” Hati ini berbisik mengatakan dia bertindak kejam, sekurangnya dia melafazkan dulu penolakkannya kepada diriku, mungkin ketika itu hatiku tidak akan separah ini. Menanti keputusannya selama tiga bulan, dan yang aku perolehi adalah berita yang terasa menghancur leburkan setiap inci tubuhku.
           
“Aku tiada jawaban untuk persoalan kamu Aina. Aku minta maaf. Aku harap apa yang pernah terjadi tak akan sampai ke pengetahuan Mani. Aku minta sangat kamu merahasiakan semua ini.” Zareef tenang berkata. Kadang kala aku cemburu melihat ketenangan yang wujud dalam dirinya. Zareef tidak mudah melatah dengan perkara yang terjadi dalam hidupnya.

                                                      ooooOoooo
           
“Zareef kecelakaan Aina. Apa aku harus buat?” Tangisan Mani memecah kesunyian. Aku hanya tergamam mendengar berita yang dilontarkan dari mulut Mani. Esok merupakan hari pertunangan mereka. Walaupun hati berbolak-balik, aku tetap menghadirkan diri sehari lebih awal agar dapat membantu apa yang patut untuk kelancaran acaranya. Walau apa pun yang terjadi mereka tetap akan menjadi sahabat aku dunia dan akhirat.
           
Dalam kesakitan, aku memaksakan hati menerima semua ini sebagai ketentuan dari Allah untuk menguji setakat mana keimanan yang ada dalam diri hambanya, tetapi aku sendiri tidak tau setakat mana aku mampu bertahan.
           
“Aku mau melawat Zareef, kamu mau ikut?” Aku bertanya kepada Mani. Dia nampak lesu kerana terkejut menerima berita kecelakaan Zareef. Hanya gelengan lesu yang mampu Mani berikan.
           
“Aku takut aku tidak kuat. Kamu pergi lah dulu. Nanti kamu beritau aku keadaan Zareef ya Aina.” Mata itu nampak berkaca. Aku tahu dia bersedih, kerana itulah rasa yang sama turut aku rasai. 

Aku berjalan menghampiri kedua orang tua Zareef. Melihat kesedihan diwajah mereka membuatkan hatiku berdegup kencang. Gawat sangatkah keadaan dia?

“Mama.” Aku menyapa Ibu Salina ibunya Zareef. Mama, panggilan itu ‘dihadiahkan’ kepada aku bila wanita itu mengetahui aku anak yang ketandusan kasih sayang.

Libur semester kalau tidak ke rumah Mani, aku akan menjadi seorang yang tidak tau malu mengikut Zareef pulang ke rumahnya. Pada waktu itu aku dapat merasa sedikit kasih sayang keluarga yang tidak pernah aku dapatkan selama ini. Disebabkan itu jugalah aku menjadi ketagihan. Ketagihan mempunyai keluarga bahagia sendiri dan ketagihan dalam menempatkan aku dalam hati Zareef.

Tubuhku dipeluk erat. Terasa bahuku dibasahi air mata seorang ibu. Air mata yang aku pertahankan semenjak tadi perlahan menuruni lekuk pipi. Biarlah saat ini kami berkongsi rasa. Andai kata aku mampu memindahkan kesedihan seorang ibu, aku dengan rela hati menerimanya. Belakang badannya aku usap perlahan mengharap kesedihan yang melanda sedikit reda.

“Mama takut kehilangan Zareef Aina. Mama tak mampu hidup tanpa anak mama.” Suara hati seorang ibu terluahkan. Walaupun aku belum berkesempatan memegang gelaran yang di banggakan itu, tetapi sebagai wanita yang hatinya rapuh, sedikit sebanyak aku dapat merasai kesedihan yang sama.

“Insyaallah mama, semua akan selamat, Kita berdoa semoga Allah memudahkan segalannya. Baik atau buruk Aina sentiasa bersama dengan mama.” Hanya itu mampu aku perkatakan. Keadaan Zareef belum aku ketahui. Yang pasti sedih atau gembira kami harus menerima semua ketentuannya.

“Jangan risau Ina, apa yang terjadi kita terima dengan redha.” Pak Zamir yang aku panggil sebagai papa memujuk. Dia nampak sedih tetapi sedikit tenang berbanding mama. Mungkin kerana dia sendiri seorang doktor jadi segala kemungkinan yang mungkin terjadi membuatkan dia nampak lebih bersedia.

ooooOoooo

Aku tersenyum memandang Zareef yang nampak kurang bermaya. Senyumanku dibalas hambar. Bibirnya yang selama ini merah merekah nampak kering.

“Bagai mana hari ni? Rasa sehat tak?” Aku bertanya. Sambil kakiku melangkah ke arah jendela. Tanganku cepat menarik kain langsir yang menutup jendela itu. Sedetik kemudian cahaya mula menyerlah masuk. Zareef aku lihat menutup matanya dengan tangan. Mungkin ingin mengimbangi perubahan suasana. Bila dia menurunkan tangan dari menutupi wajah barulah pertannyaanku dijawab.

“Ok sedikit. Mani tidak ikut kamu datang kah?” Mendengar pertanyaan Zareef, aku hanya mampu mengeleng.

“Sebentar lagi dia datang kali.”

“Sudah banyak hari dia tidak datang melawat ku.” Zareef terlihat sedih menuturkan perkataan itu. Aku tidak tau bagaimana  memujuknya. Alasan apa yang harus aku berikan sedangkan aku sendiri tidak tau mengapa Mani tidak melawat lelaki yang mungkin bakal bergelar suaminya.

“Mani sibuk rasanya. Kalau tidak salah dia sudah mulai kerja di perusahaan ayah dia.” Biarlah aku mereka cerita asalkan Zareef tidak berfikir bukan-bukan dalam keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan. Zareef teranguk-anguk mungkin mempercayai kata-kata aku.

“Aku dengar kamu sudah boleh balik besok. Betul kah?” Berita itu aku dengar dari mama. Walaupun sudah tau aku sengaja bertannya. Modal untuk aku menuturkan bicara bagaikan sudah terhapus. Bersama dengan Zareef tanpa ditemani sesiapa membuatkan suasana terasa asing. Kalaulah aku tidak mengucapkan kalimah cinta terhadap Zareef rasanya semua perasaan ‘pelik’ ini tidak akan menguasai suasana. Tetapi aku tau mustahil untuk aku menarik balik apa yang pernah aku ucapkan.

“Emm... aku minta keluar awal. Bosan duduk didalam sini lama-lama.” Zareef berkata perlahan. Entah mengapa aku rasakan kehadiran aku bagaikan tidak dihargai. Dia nampak bagaikan tidak senang untuk menuturkan bicara.

“Aku ada masak bubur,mau makan?”

“Aku sudah sarapan tadi. Kamu bawalah kembali pulang. Diletak disini pun tidak ada orang yang mau makan.” Terguris sedikit hatiku mendengar kata-katanya. Tidak bolehkah dia memberitahu ‘nanti aku makan’? Walaupun dia membuang bubur yang aku masak sekurang-kurangnya aku tidak tau.

“Aku sudah lewat nih. Sebentar lagi mau masuk kerja.” Dengan alasan itu aku bangun dan cepat berlalu. Mangkuk berisi bubur aku tinggalkan. Sama ada dia makan atau tidak aku tidak peduli.


         ooooOoooo


“Aina, Zareef pitam. Mama hantar dia ke rumah sakit. Aina boleh datang tidak?” Mendengar suara cemas mama diujung telepon membuatkan aku mengelabah. Bukankah kesihatan Zareef sudah beransur pulih? Kecederaan yang dialami akibat kecelakaan tempoh hari tidaklah separah mana.

Mungkin selama seminggu aku memencilkan diri kesihatannya merosot. Hanya aku yang tidak tau kerana melayan perasaan marah dihati. Sedangkan aku seharusnya sedar diri. Antara kami tidak mungkin akan terjadinya ikatan. Kenapa aku tidak berpegang kepada janji hati agar aku membuang semua perasaan yang ada?

“Buah pinggang Zareef gagal berfungsi. Kalau boleh kami perlukan penderma dengan segera.” Kata-kata doktor membuatkan kami tersentak. Mani dan mama mula menangis.

“Tidak ada cara yang lain kah Mud?” Papa bertanya. Mendengar kata-kata papa aku yakin papa pasti mengenali doktor itu.

“Tidak ada Zamir. Buat sementara waktu rawatan dyalisis mungkin berkesan. Apa kata kamu masuk ke ruangan ku. Nanti kita berbincang.” Papa mengangukan kepala mendengar kata-kata Doktor Mahmud dan dia cepat berlalu mengikuti langkah doktor yang pada perkiraan aku sebaya dengan papa.

“Apa kita mau buat mama?” Mani bertanya kepada mama. Aku lihat mama mengelengkan kepala. Jelas wajah yang selama ini ceria nampak kurang berseri memikirkan nasib anak kesayangannya. Zareef, satu-satunya anak yang mama dan papa ada. Anak yang selama ini menjadi kebanggaan mereka. Apa saja yang terjadi kepada Zareef tentu memberikan tanparan yang besar kepada mereka.

“Bagaimana bang? Apa kita mau buat?” mama bertanya, mata itu tidak pernah kering dengan air jernih, yang kadang-kala membuatkan aku turut tidak dapat mengawal perasaan. Kalaulah aku di tempat Zareef, dan kalaulah ibu dan ayah aku masih hidup, tentu mereka juga dilanda kesedihan, walaupun aku langsung tidak mampu mengingati memori bersama dengan mereka tetapi aku yakin aku pernah menjadi anak yang disayangi.

“Kita harus menunggu giliran Ina. Selalunya mereka akan mendahulukan orang yang lebih memerlukan.”

“Habis itu anak kita tidak memerlukan kah? Abangkan doktor. Abang buatlah sesuatu.” Pertama kali selepas masalah kecelakaan Zareef aku lihat mama bersemangat. Jelas api kemarahan terpancar di wajahnya mendengar kata-kata papa.

“Papa tahu. Tapi list yang menunggu ramai. Berapa peratus sangat orang yang sudi menderma?”  Aku tau kata-kata papa ada benarnya. Peratusan orang mendaftar dalam pendermaan organ di kalangan rakyat kita masih kecil. Apa lagi sekarang pendermaan di kalangan bukan ahli keluarga tidak di galakkan. Mama dan papa kalau di suruh menderma aku rasa sekarang jugak mereka sudi untuk berkorban, tetapi penilaian kesesuaian yang dibuat tidak memihak kepada mereka. 

“Mani, apa kata Mani kahwin dengan Zareef? Nanti Mani boleh menderma.” Kata-kata mama menyebabkan suasana menjadi sunyi. Mani jelas terpana mendengar cadangan mama.

“Mani harus berbincang dulu dengan keluarga Mani. Nanti Mani beritahu mama ya?” Mani bangun dan cepat berlalu. Rasanya Mani terperanjat mendengar permintaan mama. Kalau aku di tempat Mani sekalipun aku rasa aku juga akan bertindak begitu.

ooooOoooo

Pakaian dibadan ku dibetulkan. Rambut yang selama ini jarang aku lepaskan aku biarkan mengurai bebas. Dengan menggunakan kedua belah tangan aku menyelerakkan rambut agar menjadi kusut. Air mata yang sejak dari tadi mengalir sedaya upaya aku tahan. Keputusan telah di buat dan aku harus teruskan. Buruk atau baik, aku harus telan diatas keputusan yang telah aku ambil.

Bunyi loceng apartment yang aku duduk bersama beberapa orang rekan lain kuat berbunyi. Dengan langkah yang perlahan aku menapak ke arah pintu. Selepas ini hidup aku akan berubah. Berubah untuk selamanya.

Semakin menghampiri tombol semakin lembek kakiku. Saat terkuak pintu jelas wajah Zareef berubah memandang ke arahku. Dengan pakaian tidak sempurna mana aku yakin dia pasti terpana. Wajah sengaja aku kerutkan bagai menanggung kesakitan

“Parah sangat kah demam kamu itu? Tukar baju cepat. Aku tunggu di bawah.” Zareef jelas tidak senang melihat keaadaanku. Saat dia ingin berlalu aku cepat menjatuhkan tubuh. Terkocoh-kocoh Zareef kembali kerana ingin membantu. Saat tubuh dia hampir kepadaku, tubuh itu aku paut erat.

“Aku tidak kuat.” Mungkin menyangka keadaanku sangat parah Zareef cepat mengangkatku menuju ke sofa. Ketika dia ingin meletakkan aku di atas sofa tubuhnya hilang keseimbangan. Ketika itu juga gerakan tanganku menyerabutkan rambutnya.

“Astafirullahhalazim.” Mendengar suara kekecohan yang berlaku aku sedar rancanganku berjalan seperti yang di rencanakan. Maafkan aku Zareef. Dan air mata yang tadi kering kembali mengalir.

“Papa tidak menyangka kamu sangup memalukan papa Zareef. Kalau kamu sudah tidak boleh mengawal nafsu, beri tau papa. Papa boleh menikahkan kamu segera. Bukannya dengan berbuat maksiat seperti ini.” Jelas suara papa bergetar. Aku tau dia malu. Aku juga begitu. Tetapi apa yang aku rencanakan aku harus teruskan.

“Ya Allah papa. Semua ni salah faham. Aina kau terangkan dekat papa.”Zareef nyata terdesak ingin melepaskan diri. Aku pantas menundukkan kepala. Biarlah semua orang mengangap kami bersalah asalkan apa yang aku rencanakan berjalan lancar.

“Aina.” Pipi aku terasa sakit. Entah bila Mani tiba aku tidak sedar. Jelas dia sedang menahan marah dan tangis. Maafkan aku, maafkan aku. Di dalam hati berulang kali aku mengulangi ayat yang sama. Hendak aku luahkan aku tidak mampu. Sekali lagi tangan mulus itu menyentuh pipiku. Biarlah, semoga esok mereka tau aku lakukan semua ini untuk kebahagiaan semua orang

                                    oooOooo

“Alhamdullilah Ina. Mahmud telepon abang beritau dia sudah dapat penderma yang sesuai.”  Jelas kedengaran suara papa. Mama aku lihat berkali-kali meraup wajah tanda kesyukuran. Aku ingin berada bersama mereka, berkongsi rasa gembira itu, tetapi aku tau aku tidak layak. Sejak aku sah menjadi menantu keluarga ini kasih sayang yang aku damba langsung tidak menjengah.

Mama bagaikan berperang denganku. Masanya banyak di habiskan memujuk hati Zareef dan Mani. Walaupun sedih aku harus akur, semua ini berpunca dari aku dan risikonya harus aku sadar dari awal.

Aku lihat Zareef tersenyum. Jelas dia turut gembira dengan kabar itu. Melihat senyuman itu membuatkan hati aku terasa puas. Sekurang-kurangnya apa yang aku lakukan terasa berbaloi.

Aku melangkah menuruni tangga satu persatu. Rumah besar yang dulunya hanya aku lawati ketika cuti semester kini menjadi kediaman resmiku.

“Apa yang gembira sangat?” Aku bertanya pura-pura teruja. Apa yang aku perolehi di sebalik pertanyaan itu hanyalah jelingan tajam dari mama dan riak wajah jengkil Zareef.

“Kita sudah jumpa penderma yang sesuai Aina.” Mujurlah papa masih sudi melayan pertanyaanku. Sebetulnya hanya papa yang masih menerima aku dengan tangan terbuka di dalam keluarga ini.



                                            ooooOoooo

Rasa bosan menyelubungi perasaanku. Kelibat mama, papa dan Mani belum kelihatan. Selalunya pada waktu ini mereka sudah datang. Ingin membaca tiada sebarang buku yang ada. Hari ini masuk hari yang keempat pembedahanku berlalu. Luka pembedahan beransur pulih. Aku masih berada dalam pemantauan kerana risiko penolakkan buah pinggang yang telah di dermakan kepada aku mungkin akan berlaku.

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan aku tersenyum senang. Pantas kepala ku angkat. Senyuman yang aku pamerkan perlahan-lahan mati dengan sendiri. Dia? Setelah berhari aku dirawat baru hari ini dia menunjukkan muka. Kalau boleh aku mau dia terus lenyap.

“Abang sihat?” Pertanyaan yang keluar dari bibir Aina tidak ingin aku jawab. Perasaan meluat kuat melantun di segenap ruang dalam badanku. Tiada sebesar zarah perasaan suka yang tersisa untuk wanita bernama Kasih Nur Aina. Aku tidak perlukan isteri rendah martabat seperti dirinya.

Pengenalan aku dengan dia aku kira kesalahan terbesar pernah aku buat. Sangup dia perangkap aku. Untuk apa dia lakukan semua itu? Karana duit? Karana cemburu atau karana dendam atas penolakkan ku dahulu?

“Aina tau abang tak suka Aina datang kesini, tapi Aina tetap perlu datang. Aina mau melihat keadaan abang.” Panggilan abang yang terluah membuatkan aku mual. Berlagak sopan kononnya, tetapi hati busuk!

“Aku memang tidak suka. Kalau kamu tidak datang terus lagi bagus.” Mendengar kata-kataku membuatkan wajah itu berubah riak. Tetapi aku tau dia sedaya upaya mengawalnya.

“Aina isteri abang. Aina berhak datang melawat.” Sedikit begetar suara itu. Aku tidak peduli. Kalau hatinya terguris berkali ganda lagi hati Mani dan keluargaku terguris akibat perbuatannya. Jauh di sudut hati aku tau, dia yang merangcang penangkapan masalah khalwat kami beberapa minggu yang lalu.

“Aku tidak memerlukan isteri seperti kamu. Kamu tau, perkahwinan ku dengan kamu mimpi terburuk yang pernah aku lalui.” Mendengar kata-kataku Aina cepat berlalu. Sempat aku memandang juraian air mata di pipinya. Dan entah mengapa aku terasa gembira melihat dia menangis. Itu baru sedikit. Aku pasti akan buatkan dia menyesal memerangkap aku dalam perkahwinan bodoh ini.

                             oooOooo

“Kamar kamu di bawah.” Aku menunjukkan satu kamar yang berdekatan dapur. Rumah yang dihadiahkan sempena graduasi aku  oleh papa. Rumah banglo corner lot yang selama ini menjadi idaman aku untuk membina keluarga bahagia. Yang pastinya bukan dengan wanita yang begelar isteriku sekarang ini. Hanya Mani yang layak memegang gelaran itu dan dalam masa beberapa minggu lagi pasti dia akan aku ceraikan. Buat sementara ini dendam yang membara harus aku lunaskan.

Aku melihat dia laju melintasi aku dan mengatur langkahnya menuju ke tingkat atas. Tergamam seketika aku melihat reaksinya. Seketika kemudian aku bagaikan tersedar,dengan cepat aku mengikuti langkahnya.

“Kamu buat apa didalam kamar ku?” Geram rasa hati bila dia meredah masuk ke dalam kamar yang sudah terisi dengan barang-barangku.

“Tempat seorang isteri di sisi suami.” Ringkas ayat itu membuatkan aku panas membara. Dia bagaikan sengaja ingin menantang aku.

“Tugas seorang isteri pun kamu pasti taukan?” Pintu yang terbuka aku tutup. Dengan perlahan aku menghampiri dia.Tangan itu aku tarik menghampiri katil. Dia hanya kaku bila aku membaringkan tubuhnya keatas katil, jelas kelihatan tubuh itu semakin menggigil. Nampak ketakutan dan itu yang aku maukan.

                          oooOooo

Tangan yang kuhulurkan buat tidak terlihat dan seperti biasa dia akan tetap menyambar tanganku.
“Kalau Aina ada buat salah Aina minta maaf bang. Aina sayangkan abang.” Aku langsung tidak terperanjat mendengar kata-katanya. Ayat itu telah aku hafal dalam kotak fikiranku. Saban hari dia tidak jemu menuturkan ayat yang sama. Dua bulan hidup bersamanya menbuatkan aku hampir menghafal setiap tingkahnya. Ada kalanya tercuit sedikit rasa kasihan di hati melihat dia sedaya upaya ingin mengambil hatiku.

Apabila membayangkan apa yang telah dia lakukan membuatkan rasa kasihan itu musnah dengan sendirinya. Betapa sukarnya untuk aku mendapatkan kembali kepercayaan Mani, mujurlah penat lelah memujuk hati yang tercalar itu mendapat bantuan mama. Sekarang aku hanya menungu masa yang sesuai untuk melepaskan Aina.

“Sudah, aku mau ke kantor. Kunci pintu ini. Jangan pergi keluyuran pulak.” Aina hanya menganguk mendengar kata-kataku. Selepas berpindah ke sini aku menghalang dia dari bekerja. Aku tidak mau dia berkawan dengan orang sembarangan dan mendedahkan perihal rumah tangga kami.

          ooooOoooo


Air didalam gelas aku sedot perlahan. Resah dan getar di hati hanya Allah yang tau. Menanti kemunculan ‘musuh’ membuatkan aku mengelabah sendiri.

Kursi yang di tarik kasar membuatkan aku cepat menegakkan badan. Beberapa kali aku menghembus dan menarik nafas bagi meredakan ketidakselesaan yang mencengkam.

“Kamu apa khabar?” Wajah Mani aku tatap. Rindu rasanya ingin mendengar bibir itu berbicara. Kalaulah keadaan tidak seperti ini pasti kami sedang bergelak ketawa bersama.

“Aku tidak ada masa mau melayan kamu. Cepat, apa yang kamu mau bicarakan itu.” Kedengaran angkuh suara itu pada perdengaranku. Rasanya itu sudah cukup baik dari dia terus membisu. Sekurang-kurangnya dia masih sudi menerima perlawaanku untuk bertemu selepas pengkhianatan yang aku lakukan.

“Aku harap kau boleh menarik diri Mani. Zareef suami aku sekarang. Aku hanya ada dia dalam hidup aku.” Walaupun aku dicap pentingkan diri aku tetap rela asalkan kebahagiaan yang aku idamkan selama ini menjadi nyata. Walaupun aku kecundang, sekurang-kurangnya kecundang aku setelah berjuang.

“Itu bukan masalah aku. Kamu yang merampas dia dari aku dan kamu pun harus bersedia aku rampas dia balik dari kamu.”Terjegil mata Mani memandangku. Jelas riak tidak puas hati terpahat di wajahnya mendengar permintaan aku.

“Tolonglah Mani. Aku merayu pada kamu. Tinggalkan Zareef.” Sekali lagi aku mencuba. Di dalam hati tidak putus aku memohon supaya Allah melembutkan hati Mani.

“Jangan mimpi!” Serentak dengan itu tubuhku terasa kebasahan disimbah dengan jus semangka yang aku pesan untuk Mani. Minuman yang menjadi kesukaannya selama ini.

“Kamu jangan melampau Mani. Selama ini kamu ingat aku tak tau, kamu buat hubungan sulit dengan Asyraf di belakang Zareef? Aku diamkan sebab aku anggap kamu sahabat aku. Masa Zareef terlantar di rumah sakit dimana kamu? Bersenang-senang dengan lelaki itu kan?” Mendengar kata-kataku jelas Mani terpana. Mungkin tidak menyangka rahsia yang di simpan rapi selama ini telah aku ketahui.

“Kamu jangan mau memfitnah aku.” Suara itu nyata bergetar.

“Aku memejamkan mata selama ini sebab aku ingat kamu akan berubah Mani, tapi kamu semakin jahat. Masa mama suruh kau pertimbangkan cadangan berkahwin dengan Zareef ada kamu pertimbangkan? Tidak kan?” Sebulan Mani kamu diam. Nyawa Zareef sudah terancam kamu pula sibuk dengan bercinta dengan Asyraf.” Segala yang aku pendam selama ini aku luahkan. Bukan sekali bahkan berkali-kali aku pernah terserempak dengan Mani. Berpegangan tangan dan sesekali kepala Mani terlentok jatuh ke bahu Asyraf, bersahabatkah jenis bahasa tubuh begitu?

Aku tidak mau mengungkit masalah itu sebenarnya, apa lagi selama ini keluarga Mani banyak berjasa kepada aku, tetapi aku harus mempertahankan hak aku bila Mani tidak sudi menghargai. Kalau Mani jenis yang setia, aku percaya mungkin sekarang sudah berada jauh dari semua orang.

“Kamu mau aku buat apa sekarang?” Suara itu jelas mengendur. Tiada lagi nada tengkingan. Jelas riak kerisauan mendengar kata-kata aku tadi.

“Tinggalkan Zareef.” Dan cepat aku berlalu.

oooOooo

Salam aku berikan. Bersyukur dengan izin-Nya sekali lagi aku dibenarkan bersujud mensyukuri setiap  nikmat yang dikaruniakan. Telekung yang bersarung dikepala aku tanggalkan. Bunyi dentuman pintu kuat kedengaran membuatkan aku sedikit tersentak. Berdebar kencang  persaanku. Dalam fikiran bermacam-macam perkara buruk terbayang.

Wajah Zareef yang muncul membuatkan aku menarik lafaz lega. Sebentar Cuma perasaan itu. Terduduk aku bila tanpa isyarat tamparan tangan Zareef kuat mengenai wajahku.

“Kamu sudah berhasil merosakkan hidup aku, apa lagi yang kamu tak puas betina?” Suara Zareef melengking kuat. Tergamam aku mendengar kata-katanya. Apa salah aku? Sedaya upaya aku menggagahkan diri untuk bangun.

“Apa maksud abang?” Aku bertanya. Tanganku dibawa meraba ke wajah. Pahitnya lebih mencengkam dari tanparan yang Mani hadiahkan. Pahit bukan saja di wajah tetapi juga di hati.

“Apa kamu sudah buat dengan Mani? Tidak puas lagi hati kamu?”

Hal tadi rupannya. Aku yakin, pasti Mani sudah memutuskan perhubungan dengan Zareef. Kalau tidak, masakan Zareef boleh sebengang itu.

“Aina Cuma berjuang tuntuk hak Aina. Salahkah?”

“Berjuang sampai memukul orang? Kamu patut bersyukur tau Mani tidak mau memperpanjang masalah ini. Kalau tidak aku bersumpah kamu kena humban dalam penjara.” Kata-kata Zareef membuatkan aku terkebil merenungnya. Pukul? Bila waktunya aku mencederakan Mani?

“Aina tak pernah pukul Mani.” Aku cuba mempertahankan diri. Mani, mengapa aku bodoh sudi mempercayai dia. Sekarang semua kesalahan tergalas berat di pundakku. Zareef pasti memandang lebih serong.

“Sekali lagi kamu jumpa Mani, taulah nasib kamu.” Zareef berlalu. Kemarahan masih jelas terpancar di wajahnya.
...................
“Mama apa khabar?” Aku bertanya kepada mama. Bakul berisi muffin coklat yang aku buat aku berikan kepada mama. Peluang mengenali keluarga Zareef memberikan aku kesempatan untuk mengetahui kegemaran keluarga mereka. Mama masih santai menonton tv. Muffin yang aku hulurkan langsung tidak bersambut lantas aku letakkan di meja kopi berdekatan dengan mama.

“Buat apa kamu datang?” Penuh riak angkuh mama bertanya. Tergamam aku mendengar pertanyaannya. Mana perginya mama yang aku sanjungi selama ini?

“Aina rindukan mama.” Benar perasaan rindu yang hadir membuatkan aku sudi memalukan diri bertandang ke rumahnya. Sudah hampir dua bulan semenjak kami berpindah rumah,aku tidak berkesempatan untuk berjumpa mama. Pesanan dari Zareef tidak membenarkan aku keluar membuatkan aku teringat, tetapi desakkan hati tidak mampu aku tolak. Mama aku lihat masih beriak kosong. Bagai tidak terkesan mendengar kata-kataku.

“Apa yang perlu Aina buat supaya mama maafkan Aina? Terima Aina seperti dulu?” Tangan tuanya aku pegang. Semakin mama menarik semakin kuat aku mengengam. 

“Tinggalkan Zareef. Aku tidak mau bermenantukan kamu.” Kata-kata itu laju meluncur dari bibir mama. Terasa air mata yang sekian lama tidak mengalir dimataku kembali membuak mendengar permintaan seorang ibu. Hina sangatkah aku pada pandangan mama?

“Aina sayangkan Zareef mama. Aina sayangkan mama dengan papa. Tak boleh kah mama terima Aina?” Tangisan yang aku simpan terhembur. Kenapa payah untuk aku mengapai bahagia? Seumur hidup hanya secebis kebahagiaan yang aku maukan. Kenapa itupun sukar untuk aku gengam? Mama juga seorang perempuan tentu dia lebih mengerti hati seorang perempuan.

“Aku harap Mani jadi menantu aku bukannya kamu. Aku tidak mau nanti keturunan aku tercela. Mak bapak kamu sendiri pun kamu tidak kenal. Entahkan betul entahkan tidak kamu itu anak yang sah statusnya.” Mendengar kata-kata yang aku anggap biadap dari mama membuatkan tubuhku menggeletar. Itukah yang ada pada fikiran mama selama ini? Sehina itukah aku?

“Mama.” Aku ingin menjerit kuat tetapi suaraku bagaikan tidak terkeluar. Biarpun di besarkan di rumah anak yatim tetapi umi dan babah tidak pernah mengajar kami biadap dan aku sendiri tidak mau mensia-siakan ajaran mereka.


Terasa aku memang tersilap bila keluar tanpa kebenaran Zareef. Kalaulah aku mendengar kata-katanya tentu aku tidak perlu mendengar kata penghinaan dari bibir mama, wanita yang aku kagumi dan sayangi dahulu. Sekarang juga rasa itu tetap sama. Tidak pernah berubah.

“Aku harap kamu tinggalkan Zareef. Kalau tidak aku takkan memaafkan kamu sebab memerangkap anak aku.” Dengan kata-kata itu mama berlalu. Kerasnya hati mama bagaikan sukar dilentur. Tegarkah aku meninggalkan Zareef demi memenuhi keinginan seorang wanita begelar ibu?.


                                           oooOooo


“Abang ayo kita makan.” Tanganku ditarik Aina. Terhenti bacaanku. Wajah itu nampak berseri-seri. Seri yang sekian lama tidak aku lihat dan entah mengapa aku merelakan diri mengikut langkah kakinya. Melangkah saja ke bawah aku tergamam. Jelas segalanya berubah. Entah bila dia melakukan semua itu.

“Selamat hari lahir bang. Semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki.” Terkaku aku bila tanpa peringatan ciuman Aina menjengah pipi. Terasa menggebu satu perasaan halus di dalam hatiku. Aina yang manis dan Aina yang comel, kata-kata itu sering di ucapkan oleh kawan-kawan lelakiku semasa di universitas. Tetapi aku langsung tidak pernah tertarik. Padaku Mani lebih menawan, sedangkan yang lainnya lebih maukan Aina.

Dengan di temani cahaya lilin yang redup dan muzik yang romantis benar-benar membuai perasaanku. Aina aku lihat lain berbanding hari biasa. Entah pakaian yang di pakai membuatkan dia nampak mengancam atau rasa di dalam hatiku ini yang membuatkan semuanya terasa berada dalam keadaan yang betul dan sempurna. Atau mungkin kerana desakan hati yang terasa kerana Mani bagaikan terlupa dengan hari lahirku.

Mengenali Aina sepanjang empat tahun, tidak pernah sekalipun dia gagal mengucapkan selamat menjelang hari lahir aku. Kadang-kala dia muncul dengan membawa muffin yang di beli dengan harga beberapa ringgit dan membawa lilin yang digunakan ketika bekalan listrik terputus. sejujurnya aku harus mengakui Aina boleh menjadi sangat kelakar dan comel dalam sesuatu masa.

“Sedap tak?” lembut bicara itu menerjah perdengaranku. Aku hanya mampu menganguk. Sedikit tersentuh bila dia ingin menyuapkan sepotong daging kepadaku. Aku mengelengkan kepala tetapi dia masih tetap tidak berganjak. Perlahan-lahan aku membuka mulut dan jelas dia kelihatan sangat gembira.

Suasana itu berterusan bila kami melangkah ke dalam bilik. Aina menjadi sangat menggoda dan aku tidak mampu menolak semua itu.

     oooOooo

Terbangun saja aku pagi itu, aku tersenyum. Segalanya bagaikan begitu sempurna. Aku tidak tahu perasaan apakah ini yang mewarnai hatiku. Terasa semuanya begitu indah. Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap ke arah Aina. Kosong. Mati terus senyuman yang ada. Mungkin dia berada dalam bilik air. Lama menungu tiada sebarang bunyi yang kedengaran.

Bingkas aku bangun. Pakaianku yang bertaburan aku pakai secepat yang boleh. Langkah kaki aku bawa menuju ke bawah. Kosong. Seluruh rumah aku geledah, tetap kelibat Aina tidak aku temui. Dalam fikiranku hanya satu perkara bermain. Pintu almari aku buka dengan tangan begetar. Terduduk aku bila tiada sehelai pakaian milik Aina yang tinggal.

Ini yang aku maukan, tetapi kenapa bila Aina benar-benar tinggalkan aku, aku tidak gembira? Bukankah aku patut bergembira sekarang ini? Aku ingin menangis tetapi aku tidak mampu. Tiada ucapan selamat tinggal. Seharusnya aku menyedari tingkah dia yang mendadak berubah. Mengapa aku begitu bodoh?

        oooOooo

5 tahun berlalu.

Aku menghirup udara bumi kampong halaman sepuas-puasnya hati. Rindu yang terasa menggebu di hati selama ini bagaikan terluahkan. Walaupun terasa rindu tetapi selama bertahun ini aku menahan perasaan itu. Kini karena sebuah tangungjawab yang perlu aku laksanakan aku kembali kesini. Lima tahun di kota besar benar-benar mematangkan aku. Mengajar aku arti berdikari.

“Ibu.” Mendengar panggilan itu membuatkan aku segera menunduk ke bawah. Tanganku terasa di tarik.

“Ibu, adik lapar.” Mimik wajah seakan ingin menangis mencuit hati. Aku ketawa kecil. Zarith Fahmi, anak kecil yang menjadi kebanggaanku selama ini. Ketika aku hampir hilang pedoman untuk hidup, Allah hadiahkan aku dengan nikmat yang tidak ternilai. Peluang yang aku nantikan selama ini. Yang pada perkiraan aku tidak mungkin dapat aku gapai. Hanya seorang wanita yang begelar seorang ibu tau betapa bahagianya aku diberi kesempatan untuk mengandung, merasa sendiri kesakitan ketika melahirkan dan memegang zuriatku dengan penuh perasaan kasih.

Kelahiran Zarith Fahimi memberikan kembali makna dalam hidup aku. Tawaran kerja di bumi kota besar aku anggap rezeki yang Allah kurniakan kepada kami anak beranak.

“Ibu, adik lapar. Ayolah,” Tersentak aku dari lamunan. Tanganku di tarik oleh si kecil supaya mengikut langkahnya menuju ke MD.

“Ibu makanlah cepat.” Zarith mengesa. Jelas ketidak sabarannya ingin pergi ke rumah baru. Puas aku memujuk untuk berpindah. Mulanya dia meragam juga kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan TKnya. Tapi bila aku janjikan kawan-kawan yang lebih ramai terus dia bersetuju.

“Tidak sabar mau kerumah baru ya?” Kepalanya aku usap lembut. Dia mengelengkan kepala menyebabkan aku kehairanan.

“Adik mau jumpa abah. Hari tu ibu bilang abah jauh. Harus naik kapal terbang baru boleh jumpa. Tadi kita sudah naik. Ayolah cepat ibu kita berjumpa abah.”Mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Zarith Fahmi menyebabkan aku terdiam. Ingatan anak kecil usah di pertikai. Sedangkan aku sendiri sudah terlupa bila aku berjanji.

“Hari ini tidak boleh sayang. Abah sibuk. Nanti ibu bawa adik jumpa abah.” Jari kelingkingnya disuakan kearah aku. Dengan perlahan aku mengaitnya bertemu dengan jari kelingkingku. Itu cara yang Zarith Fahmi gunakan bila ingin menuntut sesuatu dari aku. Aku berani menyambut kerana kepulangan aku ke kampong halaman juga kerana ingin bertemu dengan Zareef. Sudah berkahwinkah dia dengan Mani? Kalau sudah nampaknya aku sudah memperoleh madu itupun kalau aku masih begelar isteri kepada Zareef.

ooooOoooo

Terasa mengeletar langkah kakiku. Aku harus kuat. Walau apa yang terjadi aku harus kuat. Itulah yang aku ulang berpuluh kali sejak dari kemarin. Pintu bilik mesyuarat aku tolak setelah aku mengetuk perlahan.

Aku menundukkan wajah tanda hormat kepada semua lembaga pengarah. Sebab kelewatan aku terangkan. Mereka menganguk-anguk berpuas hati. Mataku meliar mencari wajah yang aku rindukan selama ini. Wajah itu nampak jelas berubah. Lebih matang dengan janggut yang di potong kemas di bawah dagu. Dia nampak tekun menerangkan sesuatu kepada seorang lelaki di sebelahnya.

Mataku melilau mencari tempat kosong. Terasa susah benar ingin melangkah bila kursi untukku betul-betul bertentangan dengan tempatnya duduk. Aku menarik perlahan kursi, tetapi masih kedengaran kuat bergeser. Dengan cepat wajah itu memandang ke arahku. Saat itu aku tau dia tergamam. Nampak jelas riak wajahnya berubah


Bunyi kursi yang bergeser membuat perbicaraanku dengan Pak David tergangu. Dengan cepat wajah kuangkat ingin melihat siapa yang menarik kursi yang sebentar tadi kosong di hadapanku.

Nafas terasa sesak. Dia! Dia yang aku cari selama ini. Wajah yang membuatkan aku separuh gila merinduinya. Raut wajah itu masih seperti lima tahun lalu. Tiada yang berubah. Mungkin yang berubah adalah dari segi kematangan berpakaian. Kelihatan begitu bergaya.

Tumpuanku terhadap perbicaraan itu terganggu. Langsung tidak fokus dalam kepalaku penerangan-penerangan yang berapi-api dikeluarkan oleh beberapa orang pekerja. Apa yang ada dalam fikiranku sekarang hanya dia. Saat rapat berakhir aku menarik nafas lega.

“Aina.” Aku memangil perlahan. Aku tau dia mendengar tetapi langkah kaki itu semakin laju melangkah.

“Kita harus berbicara.” Tangan Aina aku tarik. Terdorong dia kebelakang. Jelas wajah itu tidak senang dengan tindakan aku.

“Aina sihat?” Aku memulakan bicara. Air di dalam gelas aku kacau perlahan-lahan mengunakan straw. Aku mengeluh bila dia hanya mengangukkan kepala. Benci sekalikah dia kepada aku sehingga sepatah perkataan pun tidak sudi dia ucapkan?

“Aina tinggal dimana sekarang?” Aku masih mencoba nasib. Walaupun sepatah ayat aku tetap ingin mendengar suaranya berbicara

“Kemuning.” Satu ayat tetapi sudah cukup memberikan aku senyuman. Lega. Sekurangnya dia masih sudi untuk bercakap denganku.

“Sendiri?”

“Tidak dengan an... Teman.” Aku memandangnya curiga. Telingaku bagaikan menangkap sesuatu.

“Dengan siapa?” Sekali lagi aku bertanya.

“Teman.” Mendengar kata-katanya aku menganguk tanda berpuas hati. Mungkin aku yang tersalah dengar.

“Sudah lama kerja dengan Pribumi Holding?”

“Sudah mau lima tahun. Dulu di Kantor pusat. Baru seminggu yang lalu aku dipindah ke sini.” Mendengar kata-katanya barulah aku tahu mengapa pencarian aku selama ini sering berakhir ke jalan yang buntu. Jauh benar dia membawa diri.

“Malam itu mengapa meninggalkan abang?” Itulah pertanyaan yang selalu bermain dalam fikiran ku selama ini. Akhirnya mampu juga aku luahkan.

“Kamu tidak memerlukan saya. Buat apa saya mau tunggu.” Mendengar jawapannya terasa wajahku seperti di tumbuk. Ya aku tau semuanya berpunca dari aku. Bahasa diri yang di gunakan juga meyakinkan aku yang aku sudah tiada dalam hatinya.

“Siapa bilang?” mendengar pertanyaan aku. Membuatkan dia mendiamkan diri. Jelas dia terperanjat mendengar pertanyaanku.

oooOooo

Lain yang aku rencanakan lain pula yang terjadi. Kenapa mesti dia melayan aku dengan baik? Tidak bolehkah dia terus dengan perang kebencian dia terhadap aku? Itu akan lebih memudahkan urusan aku. Tiga bulan ini dia tidak habis-habis memburuku.

Ternyata dugaanku mengenai perkahwinannya dan Mani jauh menyimpang. Mereka tidak berkahwin. Zareef memberitahu yang dia melihat Mani sedang bermesra dengan Asyraf dalam keadaan mengaibkan di dalam mobil.

“Abang datang jemput Aina di rumah ya?” Mendengar suaranya di corong telepon membuatkan aku menggelabah. Tidak boleh. Aku belum bersedia untuk memperkenalkan Zarith  kepada Zareef.

“Tidak usah. Kamu massage aja alamat tempat kita mau bertemu. Nanti saya pergi kesana.” Aku cuba menghalangnya.

Bunyi loceng pintu yang keras berbunyi menyebabkan perbualanku bersama Zareef terganggu. Dengan cepat aku mengahiri perbualan itu. Aku tersenyum apbila melihat Zarith cepat melangkah ke pintu. Tidak perlu disuruh.

“Paman mau bertemu siapa?” Terdengar suara Zarith cepat aku melangkah menuju ke arahnya. Paman mana? Siapa tau orang yang berniat jahat, risau juga aku. Pintu yang terbuka kecil aku buka lebar. Tergamam bila di sebalik pintu besi tersembul wajah Zareef yang memegang tangan Zarith erat.

“Kamu buat apa di sini?” Kalut aku bertanya. Bukan ini yang aku maukan. Aku perlukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka.

“Ibu, ini ayah adik kah?” Pertanyaan dengan wajah penuh harapan itu membuatkan aku tidak sampai hati ingin menafikan. Aku tidak mau bertindak kejam. Kesakitan membesar sebagai anak yatim piatu masih terasa dan aku tidak mau walau sesaat anak kesayangaku turut merasa apa yang pernah aku lalui.

“Apa ini Aina?” Wajah Zareef turut berubah. Dia jelas nampak kebingungan. Pintu pagar besi yang memisahkan kami berdua dengannya, aku buka. Tanpa menungu pelawaanku cepat dia melangkah masuk.

“Aina ada hal yang mau dibicarakan.” Aku menarik nafas panjang. Segalanya malam ini harus aku lepaskan.

oooOooo

Zarith terlihat bergaya pada pandangan mataku. Dengan baju kemeja kotak dan seluar jeans skinny dia kelihatan cukup bergaya. Hadiah pertama pemberian ayah yang baru dikenalinya tidak sampai seminggu.

“Gayanya anak ibu.” Aku memuji. Dia tersengih mendengar pengakuanku. Lesung pipit di kedua pipinya jelas kelihatan. Segalanya yang ada pada wajah itu adalah milik Zareef. Langsung tiada persamaan pada wajah itu denganku. Dengan penuh kasih tubuh itu aku peluk. Aku menghidu aroma dari tubuh anak kesayanganku. Bau itu, sampai nafas terakhir sekalipun tidak mungkin aku lupa.

“Ayah bila mau datang ibu?” Dia bertanya. Jelas riak wajah teruja tergambar dalam setiap pandangan matanya. Hari ini Zarith akan diperkenalkan dengan atuk dan neneknya. Sejak dari tadi dia tidak habis-habis memberitauku yang dia gembira ada atuk dan nenek. Sedangkan aku? Getaran untuk bertemu kembali dengan papa dan mama hanya Allah sahaja yang tau. Setelah permintaan mama dahulu sejujurnya aku benar-benar terasa dihati. Di sebabkan kata-kata mama jugalah aku mengambil keputusan nekad meninggalkan Zareef.

“Ibu kita tunggu di bawah mau?” Zarith berkata. Bulat matanya itu merenungku.

“Ayu.” Aku tersenyum bila Zarith melompat kecil. Tidak pernah aku melihat Zarith seceria ini. Nama ayah tidak putus-putus keluar dari bibirnya. Zarith bagaikan begitu ketagihan dengan pangilan itu.

oooOooo

Aku tidak tahu bagaiman harus bereaksi. Mama kian mendekat. Kata-katanya dahulu terasa berulang tayang dalam fikiranku. Tubuh mama berhenti betul-betul di hadapanku. Tangan itu diangkat. Cepat aku memejamkan mata. Mungkin kali ini hadiahku adalah tamparan pula. Usapan-usapan kecil di kedua-dua pipi membuatkan aku cepat membuka mata. Jelas di pandanganku mata mama berkaca-kaca. Seketika kemudian tubuhku menghilang dalam rangkulannya.

“Maafkan mama Aina. Maafkan mama.” Mendengar ucapan maaf itu air mataku turut mengalir. Terbang melayang segala rasa sakit di hati. Ajaibnya kuasa seorang ibu tidak dapat aku nafikan. Mungkin inilah rasa yang sama dirasai Zarith saat dia melakukan kesalahan dan datang memeluk aku sebagai tanda ucapan maaf.

Aku tersenyum memandang Zarith yang kecoh bercerita tentang kenangannya bersekolah di Kota kepada mama dan papa. Kadang kala aku sendiri tidak terlayan dengan mulutnya yang banyak berbicara. Semua benda hendak di tanyakan dan semua benda hendak di ceritakannya.

“Aina, abang ada hal yang mau dibicarakan.” Zareef yang tiba-tiba duduk di sebelahku membuatkan aku sedikit terperanjat.

“Apa?” Aku bertanya perlahan. Dalam pada masa itu sempat aku membalas lambaian tangan Zarith.

“Abang mau Aina terima abang. Abang mau menebus semua dosa abang selama ini terhadap Aina.” Mendengar kata-katanya membuatkan darah terasa meruap ke wajahku. Arghh. Aku benci  bila dia belagak hipokrit. Bukan aku tidak sadar, tadi di meja makan ramah mereka bercerita dan yang paling tidak disenangi cerita mengenai pemindahan buah pinggang Zareef menjadi cerita. Benda sudah basi buat apa mau diungkit? Ataupun mereka sudah tau sesuatu jadi berpura-pura baik terhadap diriku. Sebab itulah mama menangis berjumpa dengan aku.

Cepat aku bangun. Kalau sebab masalah itulah mereka baik, aku tidak sudi. Aku sudah menghalalkan semua yang aku beri, dan aku tidak mengharapkan mereka terpaksa menerima aku sedangkan hati mereka tidak rela.

“Kenapa ni?” Kalut Zareef bertannya. Mungkin tidak menyangka akan reaksiku.

“Kalau abang maukan Aina sebab abang sudah tau Aina yang mendermakan buah pinggang tu, sebaiknya abang lupakan saja. Aina sudah menghalalkan semuanya.” Cepat aku berlalu menuju kearah mama dan papa. Mereka tergamam bila tangan mereka aku capai dan aku kucup sebelum menarik tangan Zarith bangun. Bukan niat aku hendak biadap tetapi desakan hati yang kecewa mendorong aku bertindak begitu.

Aku memandang keluar jendela.  Tidak sudi untukku memandang kearah Zareef. Tadi pun ketika aku mau berlalu cepat dia mengikuti dan memaksa aku naik mobilnya.

“Mengapa tidak bilang Aina yang mendermakan?”

“Sudah tau, buat apa mau bilang?” Sedikit keras nadaku. Biarlah. Kali ini aku mau melayan perasaan di hati. Selama ini aku sudah banyak mengalah. Kali ini aku akan memastikan aku tidak di perbodohkan lagi.

“Abang tidak tau. Puas abang tanya sama Pak Mud, tapi dia tidak mau beri tau sebab terikat dengan peraturan dan janji. Rupanya selama ni Aina yang jadi penderma.” Mendengar kata-katanya membuatkan aku cepat memandang ke arahnya. Mustahil. Bukankah dia sudah tau?

“Kenapa tidak bilang?” Dia seolah-olah berbicara sendiri. Aku malas ingin mengambil pusing. Biarlah semua ini kembali seperti biasa.

oooOooo

Berserabut. Itulah satu perkataan yang aku boleh ucapkan. Dalam lelah aku mencari si penderma yang bermurah hati ternyata orang yang aku cari selama ini ada di sisiku. Mengapa aku tidak sadar?

“Kami hanya menggalakkan penderma di kalangan ahli keluarga pesakit.” Kenapa aku tidak sadar ayat itu memberi seribu maksud? Bodohnya aku. Patutlah Aina hanya muncul selepas beberapa hari aku menjalani operasi.

Paling jahat aku hadiahkan penderitaan kepada dia. Sedangkan dia sangup mengorbankan masa depan untuk lelaki yang tidak tau menghargai seperti aku.

“Orang dekat” Satu lagi klu yang di berikan oleh Pak Mahmud terimbas. Orang dekat. Isteri. Itulah yang dimaksudkan.

oooOooo


Air mataku yang mengalir tidak mampu untuk kusekat. Mengapa begitu cepat benda itu merebak? Masa setahun yang diberikan hanya tersisa tiga bulan. Itu pun belum tentu sampai ke tiga bulan.

“Beri abang peluang untuk membahagiakan Aina.” Dia muncul bersama dengan wajah yang dibasahi air mata. Rahasia yang aku pertahankan selama ini bukan lagi rahasia. Aku yang tiba-tiba pitam ketika keluar bersama dia membuka rahasia yang aku sembunyikan selama ini.

Kangker usus peringkat akhir. Sakit yang mulai aku derita dua tahun lalu. Bukan tidak mahu menjalani pengobatan. Tetapi memikirkan Zarith yang masih kecil membuatkanku menanguhkan  dulu pengobatan itu. Saat aku sudah bersedia, segalanya sudah terlambat. Kangker sudah memasuki tahap keempat. Tidak berguna lagi ubat bevacizumab dan rawatan kimoterapi terhadap penyakitku. Apa yang aku ada hanyalah doa dan bertawakal kepada Allah. Andai umurku di panjangkan aku bersyukur andainya aku di jemput mengadapnya lebih awal aku tetap bersyukur kerana aku tahu Zareef ada untuk membesarkan Zarith.

“Aina sudah mau mati. Abang boleh mencari yang lebih baik lagi.” Aku menolak. Aku tidak boleh bertindak kejam. Setelah masalah di rumah mama dan papa keadaan kembali pulih bila Zareef berusaha meyakinkan aku yang dia memang tidak tau akulah yang mendermakan buah pinggang kepadanya.

“Abang maukan Aina saja.” Tubuhku ditarik dan dipeluk erat. Pertama kali sepanjang mengenalinya dia menangis. Saat ditimpa kecelakaan dan memerlukan pemindahan buah pinggang dengan segera, aku lihat dia masih mampu bertenang. Sekarang ketenangan itu hilang, dan saat ini aku menyedari yang cinta diluahkan dia selama ini memang ada untuk aku.

oooOooo

“Aina mau makan apa? Bilang sama mama. Nanti mama buatkan.” Aku tersenyum mendengar pertanyaan mama. Disaat aku menghitung detik aku di panggil mengadap sang pengcipta rupanya terselit hikmah disebalik semua itu.

Setitis kasih sayang keluarga yang aku dambakan selama ini aku sudah mendapatkannya dan cinta Zareef yang aku kejar dulu sudah aku rasai, walaupun nikmatnya hanya untuk sedetik tetapi aku sudah berpuas hati. Sekarang aku hanya mengharapkan kasih sayang dari Allah yang maha pengasih dan maha mengasihani.

oooOooo

Aku membersihkan perlahan-lahan tangan Aina dengan tuala basah. Jelas kelihatan uratnya di tangannya menonjol. Dalam masa tidak sampai dua bulan aku mendapat tau penyakitnya kesihatannya menurun dengan mendadak. Makanan yang dimakan banyak dimuntahkan kembali berbanding dengan yang dapat memasuki perut. Berat badannya juga turun.

Pandangan matanya yang sayu membuatkan hatiku turut pilu. Andai dapat aku undurkan kembali masa pasti dia tidak akan aku persiakan. Dulu saat aku mulai merasa getaran terhadap Aina dia pergi membawa sekali bersama perasaaku yang masih tidak menentu. Waktu itu aku sendiri tidak tau apa yang ada di dalam hati aku. Yang aku tau kehilangan dia memberikan tamparan yang cukup besar.

Berbulan-bulan aku menjadi penyelidik tidak beriktiraf mencari jejak Aina. Hubungan aku dengan mama jugak hampir musnah bila mama mengaku yang dia ada menyuruh Aina meninggalkan aku. Aku sendiri tidak tau mengapa aku berperasaan begitu, sedangkan semasa awal perkahwinan kami, aku tidak henti-henti menyumpahnya agar Aina hilang dari pandangan mataku.

Saat aku melihat Mani curang di belakang aku juga, aku langsung tidak merasa apa-apa. Bagaikan apa yang terjadi tidak memberikan aku arti.

“Ibu.” Suara Zarith jelas kesedihan. Anak kesayanganku melangkah masuk ke dalam kamar kami. Laju kakinya melangkah ke arah Aina. Tangisannya kemudian kedengaran kuat berbunyi.

“Mau ikut ibu. Mau ikut ibu.” Berkali-kali ayat itu di ucapkan Zarith. Dengan bersusah payah aku melihat Aina berusaha mengangkat tangan untuk memeluk tubuh Zarith.

“Syuhh..Anak ibu mengapa ni?” Dengan nada lemah Aina bertanya. Aku lihat di hujung matanya juga air jernih mula mengalir.

“Adik tidak mau paman mengambil ibu.” Tangisan Zarith semakin kuat. Aku cuba menariknya dari memeluk kuat tubuh Aina, bimbang mendatangkan kesakitan terhadap dia. Tetapi rangkulan Zarith terasa kaku. Aina hanya mengelengkan kepala kepadaku tanda tidak apa-apa.

“Dia mungkin bermimpi.” Aina berkata perlahan. Tangannya menepuk-nepuk bahu Zarith.

Melihat keadaan mereka berdua membuatkan rasa cemburu di hati, lalu aku merebahkan badan di sebelah Aina. Tubuh mereka berdua aku rangkul erat. Perasaan sebak menguasai aku. Membayangkan Aina diambil dariku air mata mengalir keluar. Kalau dulu demi sebuah ego aku tidak akan menangis tetapi sekarang semua itu bagaikan sudah hilang.

Terasa sedikit benar masa yang aku ada dalam membahagiakan Aina. Ketika dia masih bertenaga serata tempat yang teringin di lawatinya aku bawakkan. Di setiap tempat yang kami pergi aku sedaya-upaya membina memori indah agar semua itu dapat menjadi kenangan terindah dalam hidup kami berdua. Mendengar tawa Aina dan Zarith sudah cukup memberikan seribu makna kepadaku.

Tangan Aina yang ingin menyentuh wajahku aku sambar. Kucium tangan itu sepuas-puas hati.

“Jaga Zarith baik-baik bang. Aina mau anak kita jadi anak yang soleh. Jaga mama dan papa. Tolong Aina sampaikan ucapan maaf pada Mani sebab memisahkan abang dengan dia.”  Mendengar kata-kata Aina membuatkan aku kelu. Entah mengapa dapat aku rasakan masa untuk aku bersama dengan Aina semakin suntuk.

oooOooo

“Aina bangun sayang. Kita sembahyang subuh.” Aku mengejutkan Aina bangun. Dada itu jelas berombak kecil. Nampak lemah. Bila dengan perlahan-lahan dia membukakan mata aku tersenyum.

“Aina mau berjamaah dengan abang.” Mendengar kata-katanya aku lantas mengangkat tubuh itu menuju ke kamar mandi.

Setelah selesai berdoa aku berpaling menghadap ke arah Aina. Aku menyambut tangan Aina. Lama dia tunduk mencium tanganku. Saat dia mengangkat kepala sebuah kucupan aku hadiahkan ke dahinya. Dalam kesakitan satu yang aku kagumi, tidak pernah aku melihat dia meninggalkan solat. Bukan saja kini, dahulu juga dia begitu. Sehinggakan aku dan Mani ada kalanya merasa tidak berpuas hati kepadanya. Setiap kali keluar kami terpaksa singgah di mana-mana masjid bagi membolehkan Aina bersembahyang. Ajaran Umi dan Babah yang sempat aku bertemu  bulan lalu ternyata tidak sia-sia.

“Aina minta maaf abang. Ampunkan salah dan silap Aina sepanjang Aina menjadi isteri abang. Halalkan makan dan minum Aina.” Getaran suaranya terasa jelas kedengaran kerana mengawal perasaan sedih.
“Abang halalkan sayang. Abang halalkan.”  Terhenti kata-kataku. Rasa sebak yang mengcengkam sedaya upaya aku tahan. “Abang minta maaf kalau sepanjang Aina menjadi isteri abang Aina banyak menderita dari gembira. Abang minta maaf andai abang tak sempurna untuk Aina.” Terhenti lagi bicara ku.
“Abang sudah cukup sempurna untuk Aina.” Mendengar kata-katanya aku memeluk tubuh itu erat.

“Aina sayangkan abang.”

“Abang cintakan Aina sampai akhir hayat abang.” Dalam pada masa itu aku terdengar mulut Aina melafazkan kalimah syahadah sebelum perlahana-lahan tubuh itu terkulai dalam rangkulanku.

“Pergilah sayang. Restu dan redha abang sentiasa bersama dengan sayang.” Dahinya aku kucup lama. Air mataku bagaikan kering dengan sendirinya.

“Ya Allah andainya aku dan dia menjadi umatmu yang terpilih untuk berada di syurgamu, jadikanlah dia bidadari untukku di syurga nanti.”

oooOooo

“Ayah buat apa itu?” Suara yang menyapa lembut membuatkan aku tersenyum. Wajah itu persis aku. Saling tidak tumpah. Satu-satunya Zuriat yang aku ada.

“Lihat foto ibu lagi?” Dia mengeluh berat. Aku tau dia kurang senang dengan tingkahku. Aku bukanlah memuja cuma aku ingin mengimbas kembali kenangan yang pernah singgah dalam kehidupanku.

“Cucu-cucu abah mana?” Aku bertanya. Zarith bukan boleh dibiarkan berbicara. Nanti dia tidak tahu di mana hendak meninggalkan nokhtah. Mulut mengalahkan perempuan.

“Diluaruar. Sedang memcuci mobil.” Mendengar kata-katanya aku cepat bangun. Langkah kaki aku bawa ke arah balkoni. Riuh rendah suara cucuku seramai empat orang itu berebut selang air. Senyuman terukir di bibirku. Kalaulah Aina ada di sisiku sekarang tentu dia turut gembira melihat karenah cucu-cucu kami. Insyaallah, kalau Allah mengizinkan sayang tungguabangdisana. 


Ku telah memiliki
Rasa indah perihku
Rasa hancurnya harapanku
Kaulepas cintaku


Rasa kan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Kupikir kusalah mengertimu


Houo aku
Hanya ingin kau tau
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu


Tuk lalui
Waktu yang tersisa kini
Disetiap hariku
Disisa akhir nafas hidupku

Walaupun  semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Ku lewati itu

HanyaInginKauTahu.

      Penamat apakah ini? jangan marah haa...Akhirnya tercapai juga hasrat teman mau menulis cerita sad ending. Walaupu ceritanya bertaburan bak bunga cempaka gugur di tepi jalan Tol Cipali, sudikanlah teman-teman sekalian merasai apa yang saya rasa.... Rasa teruja yang amat sangat setelah satu minggu menulis akhirnya siap juga cerpen ni.... Silalah adik, abang kakak menulis komen supaya sy dapat mmperbaiki lagi mutu penulisan d’ masa akan datang... bubye.......
Kalau ada tersalah ejaan harap d’maafin. Terima

2 comments:

Arjuna ireng said...

Sip kang.?sungguh kisah yg tersanjung

Unknown said...

Terima kasih Mas Arjuna Ireng,juga singgahnya.

Adbox